Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah di Perak.
Selain itu, daerah Dungun di Terengganu juga terlibat.
Begitu juga di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan seluruh Melaka.
Di Negeri Sembilan pula, amaran membabitkan daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan