Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Di
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta WP Putrajaya.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama. Manakala di Terengganu pula termasuk Dungun dan Kemaman.

"Sementara di Pahang melibatkan kawasan Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Selain itu di Selangor beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Langat dan Sepang.

"Di Johor pula termasuk daerah Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.