Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beijing Autoshow 2026 Terbesar Dunia
Selain Penang Autoshow yang dianjurkan dalam negara, Beijing Autoshow 2026 juga melabuhkan tirainya pada 3 April 2026.
Beijing Autoshow kali ini melakar sejarah sebagai pameran automotif terbesar dan paling berimpak di dunia.
Beijing Autoshow kali ini mencatat rekod kehadiran luar biasa sehingga 1.28 juts pengunjung dari seluruh dunia.
Ini jelas jauh lebih tinggi berbanding edisi 2024 iaitu hanya 892,000 sahaja.

Beijing Autoshow dianjurkan di dua lokasi iaitu Pusat Pameran Antarabangsa China dan Pusat Konvensyen Kebangsan China.
Kedua-dua lokasi meliputi kawasan seluas 380,000 meter persegi. Tercabut tapak kasut nak jalan ke semua booth.
Sebanyak 1,451 kenderaan dipamerkan di bawah satu bumbung dam sebanyak 181 model membuat pelancaran global.
Dari 181 model itu, 60% daripadanya adalah jenama dari China. Turut dipamerkan 71 buah kereta konsep.
China perkenalkan bateri generasi baharu dengan ketumpatan melebihi 400 Wh/kg yang boleh capai jarak gerak sehingga 1,500km.
Tahun 2026 adalah tahun peralihan AI Hiasan kepada Agentic AI. Kereta kini sudah mampu buat keputusan autonomi.

Bukan lagi sekadar pembantu suara pasif sahaja. Selain itu, pengenalan platform komputer berpusat yang satukan sistem kokpit dan AdsS
BYD juga melakar sejarah baru apabila berjaya menjual kereta supernya iaitu BYD Yangwang U9 Extream.
Kereta supercar itu dijual dengan harga RM11.6 juta. Ia menjadi kereta paling mahal di dunia.

Volkswagen pula menjalinkan kerjasama dengan Xpeng dengan menghasilkan ID.UNYX 09 dah perkenalkan Audi E7X khas untuk pasaran China.
Geely pula memperkenalkan prototaip Robotaxie native pertama China yang dilengkapi sistem digital LiDAR 2160-garisan.
Omoda & Jaecoo pula mengumumkan rekod jualan 1 juta unit dalam masa 3 tahun sahaja sejak pelancaran jenama tersebut.