Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HTA Sahkan Insiden Bayi Tertukar, Diserahkan Semula Kepada Ibu Masing-Masing

Sofea
HTA Sahkan Insiden Bayi Tertukar
Kredit: Facebook Hospital Tunku Azizah

HTA Sahkan Insiden Bayi Tertukar, Diserahkan Semula Kepada Ibu Masing-Masing

Hospital Tunku Azizah (HTA) mengesahkan bahawa telah berlaku satu insiden melibatkan pertukaran bayi secara tidak sengaja di salah satu wad di hospital tersebut.

Menerusi satu kenyataan, HTA berkata insiden itu telah dikenal pasti oleh petugas hospital dan tindakan pembetulan segera telah diambil sebaik sahaja perkara itu disedari.

"Bayi-bayi yang terlibat telah dikenal pasti serta diserahkan semula kepada ibu masing-masing dalam keadaan selamat.

"Pihak hospital turut memberikan penerangan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga yang terlibat. Hasil semakan awal mendapati tiada sebarang prosedur penyusuan atau rawatan yang menjejaskan keselamatan bayi berlaku sepanjang tempoh insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan itu.

HTA berkata pihaknya memahami kebimbangan dan perhatian orang ramai susulan penyebaran perkara ini di media sosial.

Sehubungan itu, pihak hospital telah mengambil tindakan segera mengikut prosedur yang ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan dan kebajikan bayi-bayi yang terlibat sentiasa diberi keutamaan.

"HTA memandang serius perkara ini dan satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menambah baik prosedur kerja sedia ada bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.

"Pihak hospital juga akan memperkukuh langkah kawalan dalaman bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"HTA komited untuk memastikan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan dan amat menghargai kerjasama serta kefahaman semua pihak," ujar kenyataan itu.