Kumpulan Houthi di Yaman dilaporkan telah menguasai keseluruhan pesisir Laut Merah negara itu, sekali gus mengukuhkan penguasaan kumpulan berkenaan terhadap laluan perairan strategik tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai tentera daripada kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa kepada AFP pada Jumaat.
Pegawai itu berkata semua wilayah di pesisir barat yang sebelum ini berada di bawah kawalan kerajaan 'telah jatuh', selepas Houthi menawan Pulau Mayyun yang strategik serta Kepulauan Hanish Besar dan Hanish Kecil di Selat Bab al-Mandab.
Tindakan itu dipercayai sebahagian daripada usaha kumpulan berkenaan untuk menyekat eksport minyak Arab Saudi melalui laluan perairan tersebut.

