Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hospital Cyberjaya 66 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Jun 2021

CYBERJAYA, 19 Ogos – Pembinaan fasiliti Hospital Cyberjaya kini dilaporkan sudah 66 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun hadapan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengadakan lawatan kerja ke hospital tersebut pada hari ini.

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman.

Difahamkan, ini merupakan hospital awam milik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang terkini.

Untuk rekod, terdapat lebih 140 hospital awam KKM di seluruh negara termasuk Institut Kanser Negara di Putrajaya, Institut Perubatan Respiratori di Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh dan Pusat Jantung Sarawak di Samarahan.

Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM

Jika dirujuk melalui peta, lokasi Hospital Cyberjaya terletak berhampiran dengan kawasan Putrajaya, Puchong, Seri Kembangan, Kota Kemuning, Dengkil dan Bangi.

Mungkin apabila sudah mula beroperasi kelak, hospital tersebut boleh dijadikan alternatif kepada penduduk di sekitarnya yang sebelum ini banyak bergantung dengan Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Gambar: Google Maps

Sumber: KKM, Portal Rasmi KKM, Cyberjaya Info