Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Honda Malaysia Tingkatkan Nilai Pemilikan Hybrid Dengan Waranti 10 Tahun

Syamimi
HYBRID

Honda Malaysia Tingkatkan Nilai Pemilikan Hybrid Dengan Waranti 10 Tahun

Honda Malaysia (atau Syarikat) terus mengukuhkan kedudukannya dalam teknologi hibrid menerusi kempen “Hybrid Done Right”. Berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun 2026, kempen ini menekankan ketahanan, kebolehpercayaan serta prestasi sebenar teknologi e:HEV Honda, di samping menampilkan pelbagai program menarik untuk memperlihatkan kelebihan teknologi ini serta menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan.

Mulai 1 Mei 2026, pelanggan yang membeli model Honda e:HEV akan menikmati jaminan tambahan melalui waranti bateri dan komponen hibrid selama 10 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Penambahbaikan ini mencerminkan keyakinan tinggi Honda terhadap ketahanan serta prestasi jangka panjang bateri hibridnya, di samping menegaskan kekuatan dan relevansi teknologi e:HEV dalam pasaran yang semakin berkembang.

Dengan rangkaian e:HEV yang komprehensif, waranti 10 tahun ini merangkumi model baharu seperti City e:HEV, City Hatchback e:HEV, HR-V e:HEV, Civic e:HEV dan CR-V e:HEV baharu, sekali gus meningkatkan nilai pemilikan serta keyakinan jangka panjang pelanggan.

Pelanggan e:HEV sedia ada serta model generasi terdahulu i-DCD (Jazz, City dan HR-V) turut mendapat manfaat daripada penambahbaikan ini. Waranti bateri hibrid kini dilanjutkan daripada 8 tahun kepada 10 tahun dengan perbatuan tanpa had, manakala komponen hibrid terpilih kini dilindungi sehingga 10 tahun, berbanding 5 tahun sebelum ini, bagi memastikan ketenangan sepanjang tempoh pemilikan.

Bagi meningkatkan lagi keyakinan pelanggan, Honda Malaysia turut melanjutkan perlindungan waranti bateri dan komponen hibrid kepada pemilik kedua model e:HEV dan i-DCD. Pemilik seterusnya masih layak menikmati perlindungan ini apabila pemilikan ditukar, sah sehingga tahun ke-10 tempoh waranti.

Melalui inisiatif terbaharu ini, Honda Malaysia terus memperluas inovasi hibrid dengan menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan dinamik, di samping memberikan manfaat jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pelanggan.

Komitmen ini diperkukuh lagi dengan sokongan selepas jualan di seluruh negara, ketersediaan alat ganti yang boleh dipercayai serta nilai pemilikan yang terbukti, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem hibrid Honda.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my

Perlindungan waranti bateri dan komponen hibrid tertakluk kepada terma dan syarat waranti Honda.