Musim perayaan sering menjadi waktu yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan insan tersayang.
Selain meraikan suasana istimewa, peluang menikmati hidangan enak sambil meluangkan masa bersama orang tersayang pastinya menjadikan sambutan lebih bermakna.
Seiring dengan kemeriahan Krismas yang bakal tiba, Hilton Petaling Jaya membawakan pengalaman istimewa menerusi kempen Hilton Holidays 2026 yang menggabungkan sajian perayaan, tradisi Krismas, aktiviti komuniti dan pelbagai ganjaran menarik.
Menerusi kempen ini, pengunjung diperkenalkan dengan pelbagai pilihan hidangan dan pengalaman menjamu selera yang ditawarkan di restoran seperti Paya Serai, Toh Yuen dan Genji.
Lebih daripada sekadar menikmati makanan, sambutan kali ini turut mengetengahkan semangat kebersamaan menerusi pelbagai aktiviti yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Majlis Menyalakan Pokok Krismas Diserikan Persembahan Koir
Ketika media preview pada Selasa, salah satu acara yang mencuri perhatian ialah majlis menyalakan pokok Krismas atau Christmas Tree Lighting Ceremony yang menjadi simbolik kepada permulaan kemeriahan musim perayaan di Hilton Petaling Jaya.

Suasana turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas oleh 14 peserta daripada Beautiful Gate Foundation, sebuah organisasi yang menyokong golongan orang kurang upaya.

Selain persembahan istimewa tersebut, pihak hotel turut menyampaikan hadiah perayaan kepada peserta menerusi sumbangan kakitangan Hilton Petaling Jaya.
Kemunculan Santa Claus dan Santarina turut menambahkan kemeriahan acara, sekali gus mewujudkan suasana Krismas yang lebih bermakna buat para pengunjung.
Paya Serai Tampilkan Pelbagai Sajian Istimewa Sempena Musim Perayaan
Bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan bufet dalam suasana meriah, Paya Serai menyediakan pelbagai pilihan sajian menerusi Holiday Eve Dinner serta Season’s Lunch dan Dinner Buffet.
Antara hidangan yang boleh dinikmati termasuk tiram segar yang dibuka secara langsung, makanan laut panggang, prime ribs, ayam belanda panggang dan kaki kambing salai.



Tidak ketinggalan, pengunjung turut berpeluang menikmati hidangan surf and turf panggang serta pelbagai sajian bermusim yang pastinya menambah selera.
Pengalaman menjamu selera turut diserikan dengan persembahan hiburan secara langsung serta pelbagai aktiviti menarik seperti melukis wajah, menghias rumah roti halia dan pertandingan membungkus hadiah.
Toh Yuen Tawarkan Sajian Kantonis Dan Itik Peking Panggang Ceri
Beralih ke Toh Yuen, restoran ini menawarkan pengalaman menikmati hidangan Kantonis menerusi pilihan sajian panggang istimewa yang sesuai dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menerusi pilihan Savour the Roast, antara hidangan yang diketengahkan termasuk angsa panggang, itik ceri, burung puyuh serta ayam yang diperap dengan bawang putih dan daun bawang.
Menariknya, pelanggan yang membuat perbelanjaan minimum RM1,188 bersih bagi setiap meja turut layak menikmati setengah ekor Itik Peking Panggang Ceri secara percuma.

Promosi ini tersedia dari Selasa hingga Ahad, bermula 12 tengah hari hingga 2.30 petang serta 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Selain itu, Toh Yuen turut menawarkan pengalaman menjamu selera menerusi hidangan dim sum brunch serta set makan malam lima hidangan yang dipadankan dengan Baijiu.
Gabungan sajian dan minuman tersebut memberikan pengalaman menikmati masakan Cina dengan cara yang berbeza.
Genji Perkenalkan Holiday Kaiseki Dengan Enam Hidangan Istimewa
Bagi penggemar masakan Jepun pula, Genji menyediakan pengalaman menjamu selera menerusi Holiday Kaiseki, iaitu hidangan makan malam enam sajian yang meraikan keunikan rasa Jepun serta penggunaan bahan-bahan bermusim.
Hidangan istimewa ini ditawarkan dari 1 hingga 30 Disember, selain pilihan bufet khas Krismas dan Tahun Baharu.
Genji turut menawarkan promosi Sake of the Season kepada pelanggan. Menerusi promosi tersebut, pelanggan yang membeli sebotol Genji Junmai Daiginjo akan menerima sebotol sake Junmai atau Tokubetsu Junmai bersaiz 300ml secara percuma.

Drip Dan Rye Turut Tampilkan Tarikan Sepanjang Musim Perayaan
Selain tiga restoran utama, pengunjung turut boleh menikmati suasana perayaan menerusi pilihan sajian di Drip.
Antara yang ditawarkan termasuk minum petang bertemakan Krismas, minuman bermusim, manisan tradisional Krismas serta hidangan panggang yang boleh dibawa pulang.
Sementara itu, Rye turut menyediakan sambutan khas Malam Krismas yang menampilkan persembahan secara langsung.
Pengunjung juga boleh menikmati makan malam lima hidangan yang dipadankan dengan wain sebelum menyertai Millennial Countdown Party sempena malam ambang Tahun Baharu yang bakal dimeriahkan dengan muzik secara langsung dan persembahan DJ.
Bagi mereka yang ingin menyambut ketibaan tahun 2027 dalam suasana berbeza, Executive Lounge di tingkat 21 turut menganjurkan New Year Countdown Party.
Acara tersebut menampilkan DJ Black Shaz selain pilihan makanan ringan, pencuci mulut dan suasana sambutan yang meriah.
Peluang Menang Penginapan Hotel Menerusi Hilton Holidays Lucky Draw
Bukan sekadar menikmati hidangan istimewa, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik menerusi Hilton Holidays Lucky Draw.
Menerusi kempen ini, setiap perbelanjaan minimum RM1,000 bersih dalam satu resit melayakkan pelanggan menerima satu penyertaan cabutan bertuah.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk penginapan selama tiga hari dua malam di Hilton Burau Bay Langkawi Resort berserta sarapan pagi untuk dua orang sebagai hadiah utama.
Pemenang tempat pertama pula bakal menerima penginapan selama dua hari satu malam di Executive Room, Hilton Petaling Jaya termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
Sementara itu, pemenang tempat kedua akan membawa pulang bufet makan malam di Genji untuk lima orang.
Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi serta maklumat Hilton Honors untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Kumpul Cop Menerusi Festive Passport Challenge, Nikmati Pelbagai Ganjaran
Selain cabutan bertuah, pelanggan turut boleh menikmati ganjaran menerusi Festive Passport Challenge yang mengajak pengunjung mengumpul cop setiap kali menjamu selera dan menikmati pengalaman perayaan di hotel berkenaan.
Menerusi program tersebut, setiap perbelanjaan minimum RM500 melayakkan pelanggan menerima satu cop.
Antara ganjaran yang ditawarkan ialah barangan istimewa perayaan bernilai RM100 di Drip apabila mengumpul tiga cop, baucar makan bernilai RM300 bagi lima cop serta Season’s Dinner Buffet untuk empat orang apabila mencapai tujuh cop.
Lebih menarik, pelanggan yang berjaya mengumpul 10 cop akan menerima lima penyertaan tambahan untuk cabutan bertuah perayaan selain akses ke bufet makan malam Malam Tahun Baharu dan Countdown Party untuk enam orang.
Dengan pelbagai pilihan sajian, aktiviti menarik, persembahan istimewa serta ganjaran yang ditawarkan, Hilton Petaling Jaya menjadikan sambutan Krismas dan Tahun Baharu kali ini lebih bermakna.
Kempen Hilton Holidays 2026 ini berlangsung dari 1 November 2026 hingga 3 Januari 2027, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai pengalaman perayaan bersama keluarga dan insan tersayang.

