Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hati-hati Tafsir Kategori T20 Atau M40 - Asyraf Wajdi

Iqbal Yasir
Kategori T20 Atau M40

Hati-hati Tafsir Kategori T20 Atau M40 - Asyraf Wajdi

Tafsiran kategori T20 atau M40 perlu dibuat secara berhati-hati kerana kebiasaannya ia tidak menggambarkan realiti tanggungan sebenar sesebuah isi rumah.

Perkata itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini.

Hati-hati Tafsir Kategori T20 Atau M40

Beliau berpandangan, realiti mereka berpendapatan isi rumah RM13,000, yang boleh dikategorikan sebagai T20 dan tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur, boleh jatuh ke M40, bahkan B40.

"MARA ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan.

"Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500 seorang.

"Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 (dan) tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah.

"Cuba kira perbelanjaan (bulanan ditanggung) mereka," kongsinya dalam hantaran di Facebook.

Kerajaan Teliti Cadangan Semak Semula Subsidi Petrol Golongan Berpendapatan Tinggi

Perkara ini dibangkitkan susulan isu kerajaan dilapor mempertimbangkan semula penelitian semula pemberian subsidi petrol RON95 kepada golongan berpendapatan tinggi khususnya kelompok T20.

Menurut Perdana Menteri sebelum ini, cadangan berkenaan telah dibincangkan oleh beberapa kementerian dan jawatankuasa berkaitan sejak beberapa minggu lepas,

Bagaimanapun, kerajaan belum memuktamadkan sama ada ia akan melibatkan kumpulan T20, T15 atau kategori lain.