Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berita baik bagi peminat bola sepak Malaysia, Liridon Krasniqi iaitu anak kelahiran Kosovo yang kini pemain tengah bagi pasukan Johor Darul Takzim(JDT). Sah menjadi warganegara Malaysia kerana mendapat MyKad berwarna biru hari ini di Putrajaya.
Dorongan dan idea tentang pengambilan Liridon ini dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan diiringi proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat iaitu jangka pendek, pertengahan dan panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.
Oleh itu, FAM dengan rasa sukacita ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.

Bakal menyarung jersi skuad kebangsaan kini genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 selangkah sahaja lagi untuk Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Liridon.
Stuart Ramalingam Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Sumber : Persatuan Bola Sepak Malaysia