Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hari Pertama F1 Sesak, Berjam-Jam Tunggu Bas Sampai Ada Yang Pilih Jalan Kaki

Hari Pertama F1
Kredit: httpcxko_ & xuyinn7

Perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 membuka tirainya hari ini dengan sesi latihan bebas berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Kehadiran acara berprestij itu menyaksikan orang ramai dari dalam dan luar negara memenuhi kawasan litar bagi menyaksikan aksi pelumba Formula 1 secara dekat.

Hari pertama F1

Bagaimanapun, selepas tamat sesi berkenaan, tular beberapa perkongsian di media sosial yang menunjukkan keadaan sesak ketika penonton cuba mendapatkan bas shuttle untuk pulang.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan, orang ramai dilihat beratur dan berebut untuk menaiki bas yang disediakan.

Malah ada yang memilih untuk berjalan kaki hampir 10 kilometer dari SIC ke Mitsui Outlet Park selepas tidak sanggup menunggu terlalu lama.

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang pengguna turut memuat naik video yang memperlihatkan keadaan penumpang berhimpit di dalam sebuah bas shuttle.

Tidak kurang juga yang mendakwa terpaksa menunggu lama sebelum berjaya mendapatkan pengangkutan untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Beberapa pengguna berharap isu berkenaan dapat ditambah baik pada hari kedua dan ketiga acara agar pergerakan pengunjung pergi dan balik berjalan dengan lancar.

Intipati
  • Formula 1 Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 membuka tirai dengan latihan bebas di SIC.
  • Selepas sesi tamat, tular video menunjukkan penonton beratur dan berebut menaiki bas shuttle.
  • Ada penonton memilih berjalan kaki hampir 10 kilometer ke Mitsui Outlet Park.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan