Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, RON95 & Diesel Turun Mulai Esok

Sofea
Harga RON97
Kredit: Bernama

Harga RON97, RON95 & Diesel Turun Mulai Esok

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit bagi produk petrol dan diesel diturunkan bermula esok hingga 3 Jun depan.

Menerusi satu kenyataan, MOF berkata harga RON97 turut sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM4.85 kepada RM4.65 seliter.

Bagi RON95 pula, harganya turut sebanyak 15 sen, iaitu daripada RM4.07 seliter kini turun kepada RM3.92 seliter.

Manakala Diesel di Semenanjung turun 10 sen daripada RM4.97 seliter kepada RM4.87 seliter.

Bagaimanapun, MOF berkata penurunan ini tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global telah reda kerana ketidaktentuan pasaran susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu masih berterusan.

Kredit: MOF

"Harga minyak mentah Brent mutakhir ini kekal melepasi AS$100 setong, iaitu lebih 50% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar AS$60 hingga AS$70 setong. Keadaan ini turut disertai peningkatan kos penghantaran dan premium insurans akibat risiko laluan perdagangan di zon konflik.

"Sejak konflik tercetus pada 28 Februari 2026, risiko gangguan bekalan minyak global terus menjadi perhatian pasaran memandangkan Selat Hormuz merupakan laluan bagi kira-kira 20% bekalan petroleum dunia.

"Dalam masa sama, kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan tempoh yang panjang untuk dipulihkan," kata MOF.

Tambah MOF, dalam keadaan pasaran global yang kekal tidak menentu, kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat melalui perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu bagi membantu memanjangkan bekalan negara.

Sementara itu, kerajaan terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu.