Kemeterian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 8 Februari sehingga 14 Februari 2020.
Menerusi perkongsian yang dikeluarkan melalui Twitter Bernama, harga RON95 turun empat sen kepada RM2.04 seliter serta RON97 turun tujuh sen kepada RM2.34 manakala diesel turun 10 sen kepada RM2.08.
Menurut menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata Penurunan harga runcit RON95, RON97, diesel ekoran penurunan harga minyak global.
Sumber: Bernama
