Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun Bagi Tempoh 19 Hingga 20 November Ini

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun
Gambar Hiasan

Harga runcit bagi RON97, RON95 serta diesel tanpa subsidi terus menurun bermula esok sehingga 25 November ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan harga runcit RON97 menurun sebanyak 20 sen seliter kepada RM4 berbanding RM4.20 hari ini.

Manakala, RON95 dan diesel masing-masing menurun sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.72 bagi RON95 dan RM4.72 bagi diesel.

Harga Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Terus Menurun

Menurut MoF, harga baharu itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) di mana ia turut menunjukkan penurunan harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau, seiring dengan penyederhanaan harga minyak mentah dunia.

“Perkembangan ini mencerminkan tekanan harga yang semakin berkurangan dalam pasaran petroleum antarabangsa,” katanya.

Selain itu, jangkaan peningkatan bekalan mentah global turut mempengaruhi pergerakan harga petroleum dunia, namun bekalan produk petroleum bertapis masih berdepan beberapa kekangan yang boleh mempengaruhi kestabilan harga pasaran.

“Ketidaktentuan geopolitik dan risiko gangguan penghantaran petroleum masih boleh menjejaskan bekalan global.

“Sehubungan itu, harga petroleum dunia dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Bagaimanapun, kerajaan MADANI kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI.

“Peruntukan hampir RM40 bilion disediakan untuk subsidi bahan api pada tahun hadapan bagi membantu rakyat mengurangkan tekanan kos sara hidup,” katanya.

Intipati
  • Harga RON97 turun 20 sen kepada RM4 seliter bermula esok hingga 25 November.
  • RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen kepada RM3.72 dan RM4.72.
  • MoF berkata harga petroleum dunia dijangka terus turun naik dalam tempoh terdekat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan