Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hairan Batu Di Malaysia Berwarna Putih, Pekerja Binaan Indonesia Kongsi Fakta Menarik
Bila tengok pemandangan di tapak binaan atau kuari di Indonesia pelik, kenapa ia kelihatan berbeza berbanding di Malaysia?
Jika di Malaysia, kita sudah terbiasa melihat timbunan batu agregat berwarna putih atau kelabu cerah.
Tetapi, situasinya di Indonesia pula adalah sebaliknya. Di sana, kebanyakan batuan yang digunakan dalam industri pembinaan berwarna gelap dan hitam pekat.
Pernah tak anda terfikir sebabnya?
Persoalan unik ini menarik perhatian seorang pekerja binaan warga Indonesia yang berkongsi pemerhatiannya mengenai perbezaan geologi antara dua negara serumpun ini.
Menurutnya, perbezaan warna yang ketara ini bukanlah satu kebetulan semata-mata. Sebaliknya, ia mencerminkan sejarah pembentukan bumi yang berbeza antara kedua-dua wilayah tersebut.

Dalam satu perkongsian, pekerja binaan tersebut menjelaskan bahawa punca utama perbezaan warna ini terletak pada asal-usul gunung tempat batu tersebut diambil
"Orang Indonesia mesti tahu, batu di Malaysia ini kebanyakannya putih, sedangkan di kampung saya hitam pekat. Ini kenapa ya?" soalnya.
Di Malaysia kebanyakan batu berasal dari banjaran gunung jenis granit dan kuarsa (quartz).
Kandungan mineral kuarsa yang tinggi inilah yang memberikan ton warna cerah dan putih kepada batuan di Malaysia.
Sementara itu, berbeza pula di Indonesia khususnya di kawasan Jawa Tengah, batuan yang digunakan dalam industri pembinaan biasanya diambil dari kawasan gunung berapi aktif seperti Gunung Merapi.
"Kalau di Indonesia, warnanya cenderung gelap kerana di daerah saya, batunya berasal dari Gunung Merapi. Disebabkan batu ini kaya dengan bahan semula jadi seperti basal dan andesit, sebab itulah warnanya menjadi lebih gelap," katanya lagi.

Selain daripada aspek visual yang ketara, pekerja binaan tersebut turut memperincikan perbezaan dari segi sifat fizikal batuan di kedua-dua buah negara.
Menariknya, batuan granit yang banyak terdapat di Malaysia dikatakan mempunyai berat yang lebih ringan. Ciri ini secara tidak langsung menjadikannya lebih mudah untuk diproses, dipecahkan, atau diolah bagi pelbagai tujuan pembinaan.
Namun, itu tidak bermakna batuan di Indonesia kurang berkualiti. Batuan basal dan andesit dari gunung berapi Indonesia mempunyai kepadatan yang lebih tinggi dan tekstur yang lebih keras.
Walaupun proses mengolah batuan hitam ini dianggap lebih mencabar dan memerlukan usaha tambahan, ia menawarkan tahap ketahanan yang luar biasa, menjadikannya sangat kukuh untuk struktur binaan tertentu.
"Bukan bermaksud batu di Malaysia ini tidak bagus, cuma asal-usul geologinya sahaja yang berbeza. Di Malaysia asalnya gunung granit, di Indonesia pula dari gunung berapi," ujarnya yang menjernihkan tanggapan umum.