Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Sinabung Indonesia Meletus, Muntahkan Abu Tebal Setinggi 1,000 Meter

Gambar: BERNAMA

JAKARTA, 26 April (Bernama) — Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara Indonesia meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter dari puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi pada Isnin.

Letusan berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan selama 175 saat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada 1.44 pagi waktu tempatan, gunung dengan status tahap ketiga juga meletus dengan abu setinggi 500 meter selama 167 saat.

Penduduk dilarang melakukan sebarang kegiatan dan telah dipindahkan dalam radius 3 kilometer dari puncak, dan mendesak orang ramai menggelak berada nerhampiran dengan sungai yang mengalir dari Gunung Sinabung.

Pihak berkuasa juga meminta penduduk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah untuk mengelak terhidu abu gunung berapi.

Sumber: BERNAMA