Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Go Auto Motors Group Perluas Kapasiti Pengeluaran Dengan Pelaburan RM1.5 Juta, Sasar Tempahan RM50 Juta

go auto pelaburan
Gambar: Go Auto

Go Auto Motors Group Perluas Kapasiti Pengeluaran Dengan Pelaburan RM1.5 Juta, Sasar Tempahan RM50 Juta

Go Auto Motors Group terus memperkukuh kedudukannya dalam industri kenderaan komersial dan mobiliti dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan pembesaran fasiliti pengeluaran, selaras dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan komersial dan penyelesaian mobiliti.

Menurut Pengasas & Pengarah Eksekutif Go Auto, Wan Ahmad Wan Omar, pembesaran fasiliti tersebut dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran sedia ada kepada sehingga 500 unit sebulan, sekali gus membolehkan syarikat memenuhi permintaan pasaran dengan lebih cekap serta menyokong pertumbuhan operasi pada masa hadapan.

Katanya, langkah pengembangan itu turut disasarkan untuk menjana nilai tempahan (Order Book) sebanyak RM50 juta, di samping mewujudkan sekitar 100 peluang pekerjaan baharu dalam bidang pengeluaran, teknikal, operasi dan sokongan berkaitan.

“Pelaburan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus membangunkan keupayaan pengeluaran tempatan serta memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

“Pembesaran fasiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kapasiti, kecekapan dan keupayaan pengeluaran.

“Kami melihat potensi besar dalam segmen kenderaan komersial, termasuk kenderaan berkuasa elektrik, dan mahu memastikan kami mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menyokong permintaan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada 7 Ogos.

Terdahulu, menyaksikan penyerahan infak dua unit buggy oleh usahawan di bawah bimbingan Mentor Usahawan Jutawan merangkap Pengerusi Eksekutif Richworks Group Holdings Berhad (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi kegunaan ribuan pengunjung yang menghadiri majlis ilmu yang diadakan setiap minggu.

Penyerahan itu, disampaikan pengasas Momentum Iyziq Sdn Bhd, Mohd Najib Asaddok dan Datuk Wira Ilaiaraja Sagadewan bersama isteri, Datin Wira Sumitra daripada Nuetra Sdn Bhd kepada Pengasas Akademi Ilmi, Ustaz Wadi Anuar yang disaksikan oleh Wan Ahmad.

Tambahnya, selain pasaran domestik, Go Auto juga mempunyai aktiviti dan potensi pasaran eksport ke ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dengan nilai eksport tahunan disasarkan sebanyak RM20 juta.

“Perkembangan ini mengukuhkan lagi aspirasi Go Auto untuk menjadi antara pemain penting dalam sektor kenderaan komersial dan mobiliti, dengan memberi penekanan kepada kualiti, teknologi, kecekapan operasi serta penyelesaian pengangkutan yang memenuhi keperluan pelanggan.

“Melalui peningkatan kapasiti pengeluaran dan peluasan pasaran ini, kami kekal komited untuk menyokong pertumbuhan industri mobiliti serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan melalui pembangunan ekosistem automotif tempatan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Wan Ahmad berkata, Go Auto juga terbuka untuk bekerjasama dengan usahawan tempatan dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan setiap tahun.

“Apa yang lebih istimewa, buggy yang disumbangkan itu merupakan model yang dibangunkan GVT Sdn Bhd untuk pasaran eksport ke Amerika Syarikat, sekali gus membuktikan bahawa produk bertaraf antarabangsa keluaran tempatan juga mampu dimanfaatkan untuk kebajikan masyarakat.

“Sumbangan ini mencerminkan falsafah syarikat bahawa kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui pertumbuhan perniagaan, tetapi juga melalui manfaat yang mampu dikembalikan kepada masyarakat,” ujarnya.

Go Auto percaya teknologi dan inovasi bukan sekadar mencipta nilai ekonomi, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Sumbangan ini diharap dapat memudahkan urusan ribuan pencinta ilmu yang hadir dari seluruh negara ke Akademi Ilmi setiap minggu.

Intipati
  • Go Auto melabur RM1.5 juta untuk membesarkan fasiliti pengeluaran kenderaan komersial.
  • Kapasiti pengeluaran dijangka meningkat sehingga 500 unit sebulan, menurut Wan Ahmad Wan Omar.
  • Syarikat menyasarkan tempahan RM50 juta dan kira-kira 100 peluang pekerjaan baharu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan