Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Ranau Pagi Ini

Gempa Bumi
Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi lemah berukuran 3.5 magnitud dilaporkan berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada jam 10.57 pagi, Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.

Gempa bumi di Ranau

Pusat gempa itu dikesan kira-kira 14 kilometer di selatan Ranau, Sabah pada kedalaman 13 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Ranau dan kawasan berhampiran.

“Gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia bagi membantu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Panginatan, Ranau pada 10.57 pagi.
  • Pusat gempa dikesan 14 kilometer di selatan Ranau pada kedalaman 13 kilometer.
  • MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di Ranau dan kawasan berhampiran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan