Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gagal UPU? Ini ‘Highway’ Lain Ke Universiti, Lepasan SPM & STPM Semak Syarat Ini Dulu

UPU

Keputusan UPU yang ditunggu-tunggu telah pun keluar. Ada yang lega apabila nama tersenarai dalam program dan universiti pilihan, namun tak kurang juga yang mungkin kecewa apabila keputusan diterima tidak seperti yang diharapkan.

Lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan lain sudah mula membuat persiapan untuk masuk ke universiti, mungkin ada yang mula terfikir bahawa peluang untuk menyambung pengajian sudah tertutup.

Tapi jangan cepat putus harapan.

Tak mendapat tawaran UPU bukan bermaksud perjalanan korang untuk ke universiti sudah berakhir. UPU bukan satu-satunya ‘highway’ untuk melanjutkan pengajian kerana masih ada laluan lain yang boleh diterokai oleh lepasan SPM dan STPM berdasarkan kelayakan serta syarat kemasukan masing-masing.

Tak Dapat UPU? Kenali Laluan Ke Universiti Yang Satu Ini

Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah UNIRAZAK, yang menawarkan beberapa laluan pengajian untuk mereka yang mahu meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Tak kira sama ada korang baru sahaja selesai SPM, sudah mempunyai STPM ataupun merancang perjalanan akademik seterusnya, terdapat pilihan daripada peringkat Foundation, Diploma, Bachelor’s Degree sehingga Postgraduate.

Maknanya, tak semua orang perlu bermula di titik yang sama.

Apa yang penting adalah melihat kelayakan yang ada sekarang, bidang yang diminati dan laluan mana yang paling sesuai untuk diteruskan.

Ada 5 Kredit SPM? Foundation Boleh Jadi Laluan Ke Degree

Kalau korang sudah mempunyai perancangan untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, salah satu laluan yang boleh dipertimbangkan ialah Foundation.

Program Foundation berfungsi sebagai laluan persediaan sebelum seseorang melangkah ke peringkat Bachelor’s Degree.

Menurut maklumat UNIRAZAK, pelajar memerlukan minimum lima kredit SPM untuk memohon ke peringkat Foundation.

Jadi, kalau keputusan SPM korang mungkin tak sempurna seperti yang diimpikan, itu tidak bermaksud terus tak ada jalan untuk ke universiti.

Yang penting, semak dahulu syarat program yang diminati.

Tak ‘Straight A’ Pun Masih Ada Pilihan Diploma

Ini mungkin satu perkara yang ramai lepasan SPM perlu tahu.

Tak semua orang mendapat keputusan straight A, dan keputusan peperiksaan tidak semestinya menentukan bahawa korang terus tak boleh melanjutkan pengajian.

Bagi mereka yang mahu mendalami bidang tertentu terlebih dahulu, laluan Diploma boleh menjadi salah satu pilihan.

Untuk kemasukan ke program Diploma UNIRAZAK, pelajar memerlukan minimum tiga kredit SPM, tertakluk kepada syarat program masing-masing.

Selepas tamat Diploma pula, perjalanan akademik tak semestinya berhenti di situ.

Pelajar boleh melihat peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Bachelor’s Degree mengikut laluan serta syarat program yang ditetapkan.

Begitu juga bagi lepasan STPM atau mereka yang sudah memiliki kelayakan lebih tinggi, UNIRAZAK turut menawarkan pilihan program Bachelor’s Degree dan Postgraduate.

Nak Belajar Pun Tak Semestinya Kena Duduk Dalam Kelas Setiap Hari

Dah tahu laluan yang boleh dipilih, satu lagi persoalan mungkin timbul.

Macam mana pula kalau korang tinggal jauh daripada kampus atau mempunyai komitmen lain?

Selain pembelajaran secara fizikal di kampus, UNIRAZAK turut menawarkan pilihan Open Distance Learning (ODL) atau pembelajaran secara fleksibel bagi program berkenaan.

Melalui pilihan ini, pelajar boleh mempertimbangkan kaedah pembelajaran yang lebih sesuai dengan keadaan, lokasi dan komitmen masing-masing.

Bagi sesetengah orang, pilihan belajar secara online mungkin dapat mengurangkan masa yang biasanya digunakan untuk berulang-alik ke kampus.

Tak perlu setiap hari fikir tentang perjalanan, parkir ataupun berpindah dan menyewa tempat tinggal berhampiran kampus semata-mata untuk mengikuti kelas.

Namun, jangan pula salah faham.

Fleksibel bukan bermaksud belajar ikut suka hati.

Pelajar masih perlu mengurus jadual, menghadiri kelas yang ditetapkan dan menyiapkan tugasan seperti biasa. Bezanya, mereka mempunyai pilihan cara pembelajaran yang lebih sesuai dengan kehidupan masing-masing.

Kalau Nak Kerja Sambil Belajar Pun Ada Ruang

Bagi lepasan SPM atau STPM, mungkin ada yang mahu mendapatkan pendapatan sendiri sambil meneruskan pengajian.

Ada yang mahu mengumpul duit poketD, membantu keluarga atau sekadar mahu mendapatkan pengalaman kerja lebih awal.

Jika keadaan dan jadual mengizinkan, pilihan pembelajaran yang fleksibel boleh membuka ruang untuk seseorang merancang pengajian sambil bekerja.

Jadi apabila tamat pengajian kelak, mereka bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik, malah sudah mula mengumpulkan pengalaman dalam dunia pekerjaan.

Sepanjang proses itu, kemahiran seperti pengurusan masa, komunikasi, disiplin, kerja berpasukan dan keyakinan dalam dunia pekerjaan juga boleh dibina.

Bagi mereka yang sudah pun bekerja pula, pilihan pembelajaran seperti ini memberi peluang untuk meningkatkan kelayakan tanpa semestinya perlu meninggalkan kerjaya sepenuhnya.

Risau Tentang Kos? Boleh Semak Peluang Biasiswa

Selain keputusan akademik dan pilihan program, kos pengajian tentunya menjadi antara perkara utama yang difikirkan sebelum memilih universiti.

Bagi sesetengah keluarga, isu kewangan mungkin menjadi sebab seseorang terpaksa berfikir berkali-kali sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar.

Namun, sebelum terus mengetepikan rancangan tersebut, ada baiknya semak dahulu bantuan kewangan atau peluang biasiswa yang tersedia.

Antaranya ialah Inspirasi Bank Rakyat Memacu Bakat Tertinggi (BRIGHT), hasil kerjasama antara Bank Rakyat dan UNIRAZAK, yang boleh diterokai oleh pelajar yang memenuhi syarat ditetapkan.

Sekurang-kurangnya, semak dahulu kelayakan. Mana tahu ada peluang yang selama ini korang tak tahu wujud.

Ada Juga Laluan APEL Untuk Situasi Tertentu

Selain laluan akademik biasa, UNIRAZAK turut mempunyai laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) untuk individu yang mempunyai pengalaman atau pembelajaran terdahulu.

Namun bagi kebanyakan lepasan SPM dan STPM yang baru mahu memulakan perjalanan di universiti, fokus utama masih kepada laluan Foundation, Diploma atau Bachelor’s Degree berdasarkan kelayakan masing-masing.

APEL lebih sesuai dilihat sebagai satu lagi laluan yang boleh diterokai sekiranya ia relevan dengan pengalaman dan keadaan seseorang pada masa akan datang.

Satu Jalan Tak Menjadi, Tak Bermaksud Perjalanan Dah Tamat

Jadi, kalau keputusan UPU kali ini tidak seperti yang korang harapkan, jangan terus anggap perjalanan ke universiti sudah sampai penghujung.

Ada yang masuk melalui Foundation, ada yang bermula dengan Diploma dan ada juga yang memilih cara pembelajaran lebih fleksibel seperti ODL.

Kadang-kadang, destinasi yang kita mahu masih sama. Cuma ‘highway’ yang digunakan mungkin berbeza.

Kalau masih keliru tentang program mana yang sesuai, syarat kelayakan atau bagaimana pembelajaran ODL dijalankan, korang boleh rebut peluang sempena UNIRAZAK Open Day pada 16 dan 17 Oktober 2026, dari 10 pagi hingga 4 petang di Kampus UNIRAZAK, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ini masa yang sesuai untuk bertanya sendiri tentang pilihan Foundation, Diploma, Bachelor’s Degree, program Postgraduate dan bantuan kewangan serta mod pembelajaran yang bersesuaian sebelum membuat keputusan.

Kalau dah jumpa laluan yang sesuai pula, korang boleh terus semak dan membuat permohonan untuk Pengambilan November UNIRAZAK melalui laman Open Day UNIRAZAK atau dapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi mereka.

Semak pilihan program dan daftar untuk Pengambilan November UNIRAZAK melalui laman Open Day UNIRAZAK atau dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi UNIRAZAK.