Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gabungan Nostalgia Dan Keselesaan, Skechers x Care Bears Bawakan Koleksi Penuh Ceria

Skechers x Care Bears

Skechers, jenama global terkemuka peneraju teknologi keselasaan kembali lagi dengan kolaborasi yang bakal mengimbau kenangan ramai, Skechers x Care Bears!

Gabungan nostalgia bersama Care Bears dengan gaya keselesaan ikonik Skechers ini sudah tentu menjadi antara kolaborasi yang dinanti-nanti ramai.

Skechers x Care Bears, Gabungan Nostalgia Dan Keselesaan

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 September, Skechers x Care Bears menampilkan rangkaian Foamies dan sneakers untuk wanita, kanak-kanak perempuan serta anak kecil!

Bagi koleksi wanita, kolaborasi ini menampilkan dua model Foamies, iaitu Foamies Max Cushioning dan Foamies Surge yang tentunya ceria dihiasi karakter Care Bears.

Kedua-dua model ini juga dilengkapi ciri anti-bau, boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan tapak luar yang fleksibel untuk memberikan keselesaan ketika bergerak.

Foamies Max Cushioning - RM299

Dengan tiga pilihan warna iaitu Pink, Lavender dan White, model ini menampilkan karakter Cheer Bear, Good Luck Bear, Grumpy Bear, Funshine Bear, Share Bear dan Sweet Dream Bear di bahagian sisi kasut.

Selain itu, ia turut dilengkapi pin karakter Care Bears yang boleh dilekatkan di bahagian hadapan kasut.

Foamies Surge - RM259

Rekaan clog yang menawarkan tiga pilihan warna iaitu Lavender, Blue dan Pink ini dihiasi elemen seperti pelangi, bintang, matahari dan awan, selain karakter Cheer Bear, Funshine Bear, Grumpy Bear dan Sweet Dream Bear pada bahagian tali.

Foamies Swifter - RM199

Untuk kanak-kanak perempuan pula, model ini menawarkan tiga warna ceria iaitu Yellow, Purple dan Pink serta hadir dengan tali berwarna pelangi serta hiasan karakter Care Bears.

Model ini juga menggunakan bahagian atas EVA kalis air dan dilengkapi elemen lampu yang menyala ketika bergerak.

Model Untuk Si Kecil Juga Ada!

Kolaborasi Skechers x Care Bears juga tampilkan enam model sneakers untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak kecil.

Antarnaya ialah siri Hugs N Snugs, UNO Lite dan Twinkle Toes yang masing-masing tampilkan elemen Care Bears yang berbeza.

Hugs N Snugs - RM279 (Kanak-kanak perempuan)
Lil Snugs - RM259 (Kanak-kanak kecil)

Bagi dua model ini, ia hadir dengan corak pelangi berkilauan serta grafik karakter Care Bears pada bahagian sisi.

Model Hugs N Snugs ini juga dilengkapi dengan lampu yang menyala ketika bergerak, manakala Lil Snugs mengekalkan rekaan yang sama tanpa ciri lampu.

Beary Friends - RM279 (Kanak-kanak perempuan)
Bear Spirit - RM259 (Kanak-kanak kecil)

Menerusi siri Skechers Street™ x Care Bears: UNO Lite, kedua-dua model ini menampilkan rekaan lebih bergaya dengan butiran Care Bears pada bahagian kolar dan lidah kasut.

Beary Friends hadir dengan rekaan monokrom, hiasan tali bertemakan Care Bears dan aksesori berbentuk wajah beruang.

Bear Spirit pula menampilkan lapisan dalaman bercorak warna-warni, aksesori tali dengan karakter Care Bears serta rekaan yang memudahkan pemakaian.

Forever Care Bears - RM299
Beary Friendly - RM279

Bagi siri Skechers Twinkle Toes® x Care Bears: Twinkle Sparks, kedua-dua model ini direka dengan ciri Skechers yang memudahkan pemakaian dan penanggalan kasut.

Kedua-duanya juga hadir dengan penutup kaki dihiasi rhinestone yang menyala, tapak dalam berkusyen dan tapak luar fleksibel.

Beary Friendly menampilkan corak Care Bears pada keseluruhan bahagian atas kasut, manakala Forever Care Bears hadir dengan kemasan berkilauan, corak Care Bears serta perincian berbentuk hati dan bintang.

Dengan harga bermula Rm199, koleksi Skechers x Care Bears kini boleh didapati di seluruh negara di kedai terpilih Skechers Concept Stores, termasuk 1 Utama Shopping Center, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall.

Koleksi ini juga boleh didapati secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers Malaysia.

Jadi, buat peminat lama Care Bears, inilah masanya untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak menerusi kolaborasi Skechers x Care Bears.

Kalau ada karakter yang pernah menjadi kegemaran anda suatu ketika dahulu, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk memperkenalkannya pula kepada si kecil dan berkongsi nostalgia yang sama bersama mereka!

Intipati
  • Skechers x Care Bears dilancarkan di Malaysia pada 11 September dengan koleksi ceria.
  • Koleksi itu merangkumi Foamies wanita, model kanak-kanak perempuan dan sneakers untuk anak kecil.
  • Harga bermula RM199, dijual di kedai Skechers terpilih dan laman rasmi Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan