Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

FamilyMart Malaysia memaklumkan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam video tular telah digantung tugas serta-merta.
Menerusi satu kenyataan di ruangan komen, FamilyMart berkata pihaknya tidak bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku kasar.
"Kami maklum mengenai video tersebut dan pasukan kami sedang menyiasat insiden berkenaan dengan keutamaan serta tindakan segera.
"FamilyMart tidak bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku kasar, tidak selamat atau tidak menghormati sesiapa di premis kami.
"Kami menghargai kesabaran anda sementara siasatan sedang dijalankan," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, FamilyMart mengendalikan isu ini dengan serius dan tindakan akan diambil.

Terdahulu, tular satu video yang menyaksikan seorang penghantar makanan disimbah kuah oden oleh seorang kakitangan kedai serbaneka itu.