Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SELAYANG, 24 Jun 2026 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menggerakkan Pelan Pemasaran dan Intervensi Buah-buahan Bermusim Tahun 2026 bagi memastikan hasil pengeluaran durian tempatan dapat dipasarkan secara lebih terancang sepanjang musim puncak pengeluaran yang dijangka berlaku dari Jun hingga Ogos 2026.
Peningkatan pengeluaran pada tahun ini dijangka akan memberi tekanan kepada harga di peringkat ladang sekiranya langkah intervensi tidak dilaksanakan secara proaktif.
Hasil pemantauan FAMA mendapati harga purata durian kampung di peringkat ladang ketika ini berada pada kadar antara RM1.00 sekilogram hingga RM4.00 bergantung kepada lokasi dan kuantiti bekalan.
Bagi tahun 2026, FAMA mengunjurkan belian buah-buahan bermusim termasuk durian melalui Pusat Operasi FAMA sebanyak 1,000 MT dengan nilai keseluruhan RM 7.0 juta. Sehingga kini, sebanyak 142.7 MT telah dibeli secara langsung oleh FAMA, dengan nilai sebanyak RM1.1 juta, manakala belian tidak langsung melalui usahawan pemasar FAMA telah mencapai 1,099 MT dengan nilai jualan sebanyak RM3.28 juta.
Bagi menangani peningkatan bekalan sem juta. Sasa musim puncak, FAMA melaksanakan tiga strategi utama. Pertama, memperluaskan saluran pemasaran melalui 90 lokasi jualan buah-buahan bermusim di seluruh negara sebagai saluran jualan terus dari ladang serta mewujudkan 60 Pusat Belian Sementara (PBS) yang dikendalikan oleh FAMA dan usahawan bimbingan. Pada masa ini, PBS ini telah memberi manfaat kepada 71 orang petani.
Kedua, menggerakkan 42 Pusat Operasi (PO) FAMA untuk melaksanakan intervensi khidmat pemasaran bagi membantu petani yang berdepan cabaran memasarkan hasil pengeluaran mereka.
Ketiga, memanfaatkan kapasiti 14 Pusat Memproses Buah FAMA (PMBF) bagi menyerap lebihan bekalan melalui aktiviti pemprosesan kepada produk separa siap seperti pes durian. Dalam tempoh pengeluaran ini, sebanyak 25.7 MT buah-buahan telah diproses melalui kemudahan tersebut.
Bagi menyokong usaha pengurusan bekalan durian, FAMA turut menyediakan 142 bilik sejuk di seluruh negara dengan kapasiti penyimpanan keseluruhan sebanyak 1,600 MT bagi membantu mengekalkan kualiti produk dan mengurangkan tekanan pasaran semasa musim puncak.
Laporan Sijil Perakuan Pematuhan (CoC) menunjukan jumlah eksport durian pada tahun 2025 sebanyak 42,994 MT dan dijangkakan pada tahun ini akan terus meningkat mencapai 50,000 MT.
Sejajar dengan peningkatan pengeluaran durian Negara, FAMA telah mengenal pasti beberapa langkah strategik bagi memperkukuh rantaian pemasaran durian Negara. FAMA akan memperluaskan pasaran eksport ke Negara berpotensi seperti Kanada, United Kingdom (UK), New Zealand, Jepun dan Maldives bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran utama. FAMA juga menjalinkan kerjasama bersama 13 Export Management Company (EMC) melibatkan 10 negara untuk sebagai penghubung strategik mendapatkan pembeli berpotensi di luar negara. Usaha ini akan dilaksanakan melalui program padanan perniagaan, misi perdagangan dan promosi antarabangsa.
FAMA akan menganjurkan program Durian Paradise dan Durian Fiesta di Singapura pada Ogos 2026. Sebanyak 7 MT durian pelbagai varieti premium Malaysia seperti Musang King, Black Thorn, Klon dan Kampung yang dibekalkan dari beberapa negeri akan dipromosikan sepanjang program berlangsung. Penganjuran program ini dijangka menjana jualan langsung bernilai RM1.5 juta serta memperkukuh penembusan durian Malaysia di pasaran Singapura.
Selain itu, FAMA sedang membangunkan simulasi sistem jejak grading, packaging dan labelling (GPL) bagi mengfokuskan pasaran eksport untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti, keselamatan makanan dan kebolehpasaran durian tempatan, di samping melindungi identiti durian Malaysia.
Melalui Portal Pengawasan serta Intervensi Bekalan dan Pemasaran Agromakanan (SISDA), FAMA fokus kepada pemantauan bekalan dan pemasaran supaya boleh membantu dan menstabilkan keadaan pasaran, sama ada dari segi bekalan atau harga.
Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen FAMA dalam memastikan industri durian negara terus berkembang secara mampan, berdaya saing dan mampu meningkatkan pendapatan pekebun serta usahawan tempatan.