Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Media sosial Facebook dan Messenger mengalami gangguan dan tidak dapat diakses oleh pengguna di seluruh dunia.
Menerusi tinjauan di Threads dan X, kebanyakan pengguna berkata tidak dapat log masuk akaun Facebook mereka. Begitu juga dengan aplikasi Messenger.



Jurucakap Meta, Andy Stone menerusi laman X berkata syarikat itu sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah terbabit.
"Kami sedar orang ramai kini menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan kami.
"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya," katanya.
Memetik laporan CNA, terdapat lebih 62,000 laporan isu dengan Facebook yang direkodkan dalam Downdetector.
Menurut laman web penjejakan gangguan bekalan StatusGator, pengguna di Filipina, India, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat turut melaporkan isu dengan pelbagai aplikasi Meta.
Imbas kembali pada Mac 2026, pengguna Facebook dan Instagram di beberapa negara melaporkan tidak dapat memuatkan suapan atau mengakses akaun mereka selama beberapa jam.
Satu lagi gangguan berasingan yang berlaku lebih awal pada bulan sama turut menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia.