Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

F1: Tiket Harga Istimewa Untuk Pemegang MyKad Masih Tersedia Dalam Jumlah Terhad - SIC

F1 Tiket
Kredit: Bernama

Sepang International Circuit (SIC) memaklumkan tiket harga istimewa untuk pemegang MyKad bagi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 masih tersedia dalam jumlah terhad.

Menurut SIC, jualan tiket perlumbaan berkenaan menerima sambutan luar biasa sehingga menyebabkan trafik yang sangat tinggi ke laman sesawang bahraingp.com.

F1: Tiket masih tersedia dalam jumlah terhad

“Kami tahu ramai teruja untuk mendapatkan tiket dan kami amat menghargai kesabaran serta pemahaman anda sepanjang proses pembelian tiket ini berlangsung.

“Sejumlah terhad tiket MyKad pada harga istimewa masih tersedia khusus untuk warganegara Malaysia yang memiliki MyKad sah.

“Tiket-tiket ini boleh dibeli melalui bahraingp.com sebaik sahaja laman sesawang tersebut kembali beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Perkembangan lanjut mengenai penjualan tiket berkenaan akan dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi Bahrain International Circuit (BIC) dan SIC.

“Sekali lagi, terima kasih atas kesabaran, pemahaman dan sokongan berterusan anda. Kami tidak sabar untuk bertemu anda di Sepang bagi menikmati hujung minggu F1 yang luar biasa,” katanya lagi.

Intipati
  • SIC berkata tiket harga istimewa MyKad untuk F1 2026 masih tersedia terhad.
  • Jualan tiket menerima sambutan luar biasa, menyebabkan trafik tinggi ke laman bahraingp.com.
  • Perkembangan lanjut akan dikongsikan melalui media sosial rasmi BIC dan SIC.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan