Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Eucerin Dermopure Clinical Membawa Era Baharu Dalam Menangani Kulit Berjerawat Untuk Lebih Keyakinan

Nur Farra


Eucerin, jenama penjagaan wajah derma No.1 di Malaysia, memperkenalkan Dermopure Clinical, rangkaian penjagaan kulit generasi baharu yang diformulasi khusus untuk menyokong kulit berjerawat pada setiap peringkat dan kondisi kulit. Direka bukan sahaja untuk merawat jerawat, tetapi juga kesan jerawat dan bintik hitam, Dermopure Clinical menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh dan terbukti secara dermatologi untuk kulit yang lebih bersih, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri. 

Jerawat merupakan antara masalah kulit paling lazim di dunia, dengan anggaran 9.4% manusia yang terjejas dan berada di kedudukan ke-8 sebagai penyakit paling prevalen secara global. Walaupun sering dikaitkan dengan golongan remaja, pertumbuhan jerawat boleh berlaku pada semua peringkat usia. Lebih daripada sekadar masalah luaran, ia juga boleh memberi kesan kepada keyakinan diri menunjukkan bahawa jerawat bukan sekadar masalah kulit semata-mata.

Sejajar dengan keperluan ini, Eucerin membangunkan Dermopure Clinical untuk membantu pengguna menangani masalah jerawat dan kesan jerawat dengan lebih yakin, berasaskan sains dermatologi. 

“Dermopure Clinical mencerminkan komitmen Eucerin dalam memperkasa penjagaan jerawat melalui sains dermatologi. Berasaskan evolusi daripada rangkaian ProACNE kami, kami telah membangunkan sistem yang lebih menyeluruh untuk menyokong kulit berjerawat pada setiap peringkat, dengan formulasi yang diuji oleh pakar dermatologi, berkesan dan sesuai digunakan seawal usia 12 tahun,” kata Charis Chan, Pengurus Pemasaran Eucerin Malaysia & Singapura.

TRIPLE ACTION SERUM: SATU LANGKAH, TIGA PENYELESAIAN

Sebagai teras rutin penjagaan, Triple Action Serum menangani jerawat, kesan jerawat dan bintik hitam dalam satu langkah, diformulasikan dengan 2% Asid Salisilik serta Thiamidol yang dipatenkan untuk hasil yang terbukti secara klinikal:

  • Mengurangkan jerawat sehingga 66%

  • Mengurangan kesan jerawat sehingga 80%

  • Mengurangkan blackheads sehingga 62%

Teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikan ianya selesa untuk penggunaan harian, sesuai untuk semua jenis tona kulit.

CORRECTING GEL TO FOAM CLEANSER: MEMBERSIH SECARA MENDALAM TANPA MENGERINGKAN KULIT

Correcting Gel to Foam Cleanser menggabungkan 2% Asid Salisilik, AHA dan PHA, memberikan kepekatan setaraf serum dalam bentuk pencuci wajah. Ia membantu:

  • Membersihkan pori secara mendalam

  • Mengurangkan lebihan sebum

  • Memperbaiki bintik hitam dan cela

  • Mencerahkan kesan jerawat

  • Membantu merawat jerawat seawal langkah pertama

Sesuai digunakan pada wajah dan badan, termasuk jerawat akibat peluh mahupun jerawat belakang badan, menjadikannya pilihan terbaik untuk penggunaan di iklim panas dan lembap seperti Malaysia.

RUTIN LENGKAP: BERSIH • RAWAT • MELINDUNGI

Dermopure Clinical direka sebagai rutin penjagaan tiga langkah yang ringkas merangkumi membersih, merawat dan melindungi untuk membantu pengurusan jerawat secara konsisten dan berkesan. Rutin ini bermula dengan Correcting Gel to Foam Cleanser untuk membersih muka hingga ke dalam pori, diikuti Triple Action Serum sebagai langkah rawatan khusus, dan diakhiri dengan Sun Dry Touch Acne Oil Control SPF50 bagi membantu mencegah kesan jerawat daripada menjadi lebih gelap.

Apabila digunakan bersama sebagai rutin lengkap, rangkaian Dermopure Clinical ini membantu mengurangkan jerawat dan kesan jerawat secara ketara sehingga 92% dalam tempoh 2 minggu.

SELEBRITI BERKONGSI KISAH KEYAKINAN DIRI

Pelakon Thailand dan Eucerin Face of Confidence, Love Pattranite Limpatiyakorn, berkongsi bagaimana jerawat memberi kesan kepada kerjayanya,“Saya memakai solekan untuk tempoh masa yang lama, dan itu boleh menyebabkan jerawat serta kesan jerawat. Dermopure Clinical Triple Action adalah satu langkah yang saya tidak pernah tinggalkan, ia membantu mengawal keadaan kulit saya dan memberi keyakinan sama ada di depan kamera atau dalam kehidupan seharian.”

Pelakon popular Malaysia, Nadhir Nasar yang juga pengguna Dermopure Clinical, turut berkongsi, “Dengan cuaca panas di Malaysia serta penggambaran luar yang kerap, jerawat akibat peluh mudah berlaku. Correcting Gel to Foam Cleanser sesuai digunakan untuk wajah dan badan, serta membantu mengawal pertumbuhan jerawat seawal langkah pertama.” 

Menerusi rutin tiga langkah yang mudah, Dermopure Clinical membantu mengekalkan konsistensi dalam penjagaan kulit—elemen penting untuk hasil jangka panjang. Dipadankan dengan Sun Dry Touch Acne Oil Control SPF50, ia juga membantu melindungi kulit daripada kesan gelap akibat sinaran matahari.

Eucerin Dermopure Clinical kini boleh didapati di farmasi berhampiran anda di seluruh negara, termasuk Correcting Gel to Foam Cleanser 150ml (RM85), Triple Action Serum 40ml (RM112) dan Eucerin Sun Dry Touch Acne Oil Control SPF50 50ml (RM148).Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian penuh ini di: https://www.eucerin.my/products/dermopure-clinical