Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Negeri Diramal Hujan
Kredit: Bernama

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan beberapa daerah di negeri yang terlibat adalah Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Enam Negeri Diramal Hujan

"Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Bera, Pekan dan Rompin.

"Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.