Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Negeri Dijangka Hujan Lebat

Azizah Najib
HUJAN LEBAT EMPAT NEGERI
Kredit: Bernama

Empat Negeri Dijangka Hujan Lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda empat negeri sehingga 11 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook jabatan berkenaan, hujan lebat dijangka landa daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Manakala di Pahang, hanya daerah Tanah Tinggi Cameron bakal menerima hujan lebat malam ini.

Terus ke Selangor, daerah yang dijangka alami cuaca buruk termasuk Hulu Selangor dan Gombak.

Beralih ke Sarawak, jabatan berkenaan menyenaraikan daerah Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Miri dan Limbang bakal mengalami ribut petir serta hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.