Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elaun RM2,000 Sebulan, Inisiatif Ini Boleh Tingkatkan Kebolehpasaran Anak Warga ATM

syafiq halim
INISIATIF KEBOLEHPASARAN ANAK ATM

Elaun RM2,000 Sebulan, Inisiatif Ini Boleh Tingkatkan Kebolehpasaran Anak Warga ATM

Dunia kerjaya hari ini tidak lagi semudah dahulu. Walaupun ada ramai graduan yang berkelulusan tinggi, namun ada antara mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan pekerjaan.

Lebih pahit untuk ditelan, dunia perkerjaan hari ini juga turut menuntut graduan baharu untuk bersaing bukan sahaja sesama rakan sebaya, malah dengan tenaga kerja berpengalaman yang lebih mahir. Hakikatnya, ijazah atau kelayakan akademik belum cukup untuk menjamin tempat dalam pasaran yang kompetitif ini.

Trend masa kini juga menampakkan kecenderungan majikan yang lebih gemar mendapatkan individu yang ada ‘pakej lengkap’ untuk diterima bekerja, yakni yang ada kecemerlangan dalam akademik yang diceburi, dan juga pengalaman yang luas dalam industri kerjaya.

INISIATIF KEBOLEHPASARAN ANAK ATM

Bertitik tolak daripada perkara inilah, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah melaksanakan inisiatif khas untuk membantu anak-anak warga pertahanan dalam usaha memperkasakan kebolehpasaran graduan di dunia kerjaya.

Program PROWIRA-Ready To Work (RTW) Graduan

Pada 14 Mei 2026, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran PROWIRA-Ready To Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) 2026 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Program PROWIRA-Ready To Work (RTW) Graduan merupakan satu inisiatif MINDEF untuk memberikan peluang kenapa anak-anak warga pertahanan bagi merasai situasi industri pekerjaan yang sebenar di syarikat terpilih. Melalui program yang dijalankan dalam tempoh masa 12 bulan ini, peserta akan dibekalkan dengan pengalaman sebenar dan ia bakal menjadi ‘value’ penting untuk dibawa ketika temuduga kerja kelak.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, program ini dilaksanakan menerusi Yayasan LTAT dan pelajar akan menerima elaun sebanyak RM2,000 sebulan, sepanjang tempoh program.

“Kita berharap keberadaan mereka dalam syarikat itu benar-benar dapat memberi pengalaman dan membantu mereka berjaya di alam pekerjaan”.

INISIATIF KEBOLEHPASARAN ANAK ATM

Menerusi Program PROWIRA-Ready To Work (RTW) Graduan, seramai 154 graduan dalam pelbagai bidang ditempatkan di 23 syarikat yang terdiri daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta sektor swasta. Peserta akan menerima bimbingan mentor serta pembangunan kemahiran profesional yang komprehensif bagi melahirkan graduan yang berkemahiran, berdaya saing dan juga berpengalaman.

Dapat Akses Untuk ‘Training’ Di Syarikat Besar Yang Terkemuka

Bagi graduan yang juga peserta program, Nurul Izzah Binti Ahmmad Bohari, program seperti ini boleh membuka peluang terbaik kepada para graduan untuk meningkatkan potensi diri.

“Sebab saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk saya join syarikat yang mempunyai reputasi kukuh, mungkin akan memberikan pengalaman atau boleh menambahkan potensi saya.”

Mengakui cabaran kerja sekarang yang sangat kompetitif, Nurul Izzah berharap lebih ramai lagi graduan-graduan terutama anak veteran tentera boleh sertai program ini supaya manfaatnya dirasai lebih ramai orang. Dia juga berharap dirinya akan menjadi lebih baik daripada versinya pada masa kini.

Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Nur Syahirah Athirah, dunia kerja sekarang sangat kompetitif di samping orang lain yang mempunyai ‘value’ lebih sehingga boleh menenggelamkan graduan-graduan baharu. Jadi dengan adanya program ini, ia merupakan jambatan untuk dirinya memperbaiki diri dan tingkatkan kualiti.

INISIATIF KEBOLEHPASARAN ANAK ATM

“Bagi saya personally nak improve cara communication dengan rakan sekerja dan orang sekeliling. Pada masa sama nak belajar dalam suasana profesionalisme.”

Seorang lagi peserta yang sempat ditemu bual, Siti Nur Atikah, dia juga berharap program ini berterusan dan ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menimba sebanyak mana pengalaman di dalam syarikat yang telah ditetapkan buatnya.

ELAUN RM2,000 INSIATIF KEBOLEHPASARAN

Intihanya, program ini bukan sahaja membuka peluang kepada anak anggota untuk mendapat pengalaman kerja sebenar, malah turut membantu mereka menawarkan ‘pakej yang bernilai’ dalam pasaran kerja pada hari ini, sekali gus memberi kelebihan kompetitif apabila melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar dan penuh persaingan.