Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Eco-Shop Semarak Semangat Merdeka Menerusi Pertandingan Mewarna ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’

Eco-Shop menyemarakkan sambutan Bulan Merdeka menerusi pertandingan mewarna ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’yang menghimpunkan hampir 300 kanak-kanak di Kompleks Komuniti Muhibbah, Kuala Lumpur.

Program tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak menzahirkan kreativiti masing-masing sambil meneroka makna Malaysia dari perspektif mereka menerusi seni dan warna.

Seramai 252 murid daripada lebih 15 sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur menyertai pertandingan itu dengan mewarnakan karya asli kumpulan kreatif tempatan, Projek SembangSembang, menggunakan alat tulis jenama milik Eco-Shop, KREATI.

Selain peserta pertandingan, acara berkenaan turut disertai 44 kanak-kanak daripada dua rumah kebajikan, yang mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna dan sambutan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, berkata program berkenaan bertujuan memberi ruang kepada generasi muda untuk memahami dan menghargai budaya, identiti serta semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

“Pertandingan mewarna ini memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan apa yang Malaysia bermakna kepada mereka melalui seni.

“Kami berharap mereka dapat meraikan kreativiti masing-masing dan pada masa sama membina rasa bangga serta rasa memiliki terhadap negara yang menjadi tempat mereka membesar.”

Daripada 252 peserta, 55 murid dipilih sebagai pemenang, terdiri daripada lima pemenang utama dan 50 pemenang saguhati.

Lima pemenang utama menerima hadiah wang tunai antara RM100 hingga RM1,500, selain hadiah berbentuk sumbangan kepada sekolah masing-masing.

SJK(C) Mun Choong menerima RM10,000 untuk penambahbaikan sekolah, manakala SK Seri Permaisuri menerima RM5,000.

SK Desa Petaling, yang mencatat kemenangan tempat ketiga dan keempat, menerima RM3,000 dalam bentuk dana penambahbaikan sekolah bagi tempat ketiga serta baucar RM1,000 bagi tempat keempat.

Sementara itu, SK Kampong Bharu menerima baucar RM500 bagi pemenang tempat kelima.

Kesemua 50 pemenang saguhati pula menerima baucar Eco-Shop bernilai RM100 setiap seorang, manakala setiap sekolah yang mengambil bahagian turut menerima baucar Eco-Shop bernilai RM500 sebagai tanda penghargaan.

Dalam pada itu, kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta Suriana Welfare Society Malaysia turut diraikan menerusi program tersebut.

Sebagai tanda penghargaan, kedua-dua rumah kebajikan berkenaan turut menerima sumbangan daripada Eco-Shop.

Menurut Jessica, kreativiti dan perspektif kanak-kanak yang dizahirkan menerusi karya masing-masing menjadi antara perkara paling bermakna dalam kempen berkenaan.

“Tiada satu cara sahaja untuk menggambarkan apa makna Malaysia kepada kita. Kami berharap kanak-kanak ini pulang dengan keyakinan bahawa pandangan dan suara mereka juga mempunyai tempat dalam kisah bersama negara kita.”

Pertandingan mewarna tersebut menjadi acara kemuncak kempen ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 sempena sambutan Hari Merdeka ke-69.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti Eco-Shop menerusi Facebook, Instagram, TikTok dan XHS.