Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Dulu Putrajaya Pernah Meriah Dengan Formula E,’ Netizen Kembali Imbau Kenangan

FORMULA
Kredit: Threads/ @farrrrshy

‘Dulu Putrajaya Pernah Meriah Dengan Formula E,’ Netizen Kembali Imbau Kenangan

Ketika pengumuman mengenai Formula Satu (F1) kembali ke Malaysia semakin hangat diperkatakan, ramai netizen mula mengimbau semula kenangan penganjuran Formula E (FE) di Putrajaya yang pernah mencuri perhatian suatu ketika dahulu.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @farrrrshy berkongsi bahawa ramai seolah-olah terlupa Putrajaya pernah menjadi lokasi perlumbaan kereta elektrik berprestij itu.

“Korang xtau ke dulu F1 buat kat Putrajaya je, tahun 2014 time ni,” katanya.

Bagaimanapun, beliau kemudian menjelaskan bahawa perlumbaan yang dimaksudkan sebenarnya ialah Formula E dan bukannya Formula Satu.

“Btw ni bukan F1, ni FE saje pancing,” ujarnya secara berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kenangan masing-masing ketika perlumbaan tersebut berlangsung.

Seorang pengguna, @ezwan, berkata dia masih mengingati suasana meriah ketika Formula E diadakan berhampiran tempat kerjanya.

“Masa ni aku enjoy betul dgn FE sebab dkt opis, stress pun ya dengan tutup jalannya,” katanya.

Sementara itu, pengguna @nadiamohamednor memaklumkan dirinya antara individu yang pernah menyertai acara berkenaan.

“Saya lah tu salah sorang join Formula E masa ni,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @danieljmldn, berpandangan Putrajaya berpotensi menjadi lokasi perlumbaan jalanan Formula Satu sekiranya Malaysia kembali berada dalam kalendar tetap F1 pada masa hadapan.

Menurutnya, keadaan jalan raya di Putrajaya yang luas dan lebar dilihat sesuai untuk dijadikan litar jalanan, malah perlumbaan pada waktu malam juga berpotensi memberi tarikan tersendiri.

“Taking into consideration jalan-jalan kat Putrajaya besar and lebar, maybe we can also host F1 street circuit in Putrajaya. Gilir-gilir with SIC (if one day we are back in F1 calendar permanently). Make Putrajaya a night race!

*Gambar posted tu, kalau tak silap itu Formula E tahun 2014 or 2015,” katanya.

Perkongsian tersebut terus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai berharap Malaysia sekali lagi dapat menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij Formula Satu pada masa akan datang.

Sumber:@farrrrshy
Intipati
  • Netizen mengimbau semula Formula E di Putrajaya susulan perbincangan mengenai F1 kembali ke Malaysia.
  • Pengguna Threads menjelaskan hantaran awalnya merujuk Formula E, bukan Formula Satu seperti disebut.
  • Beberapa pengguna berkongsi kenangan acara itu, termasuk suasana meriah dan penutupan jalan berhampiran pejabat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan