Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Jemaah Haji Malaysia Meninggal
Kredit: Tabung Haji

Dua Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Dua jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M dilapor telah meninggal dunia di Makkah.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), jemaah pertama merupakan seorang lelaki berasal daripada Parit Buntar, Perak, berusia 64 tahun dan hadir bersama isterinya ke Tanah Suci.

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

"Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 19 Mei, jam 8.29 malam akibat asma yang teruk.

"Allahyarham merupakan jemaah yang dibawa oleh Syarikat Pengelola Jemaah Haji daripada kumpulan KT79 dan menginap di Al Safwah Hotel di Makkah," maklum kenyataan itu.

Sementara itu. jenazah kedua merupakan seorang jemaah wanita berasal daripada Tawau, Sabah.

"Allahyarhamah merupakan jemaah dari kumpulan KT82 yang menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer di Makkah, berusia 66 tahun dan hadir bersama suami ke Tanah Suci.

"Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Saudi German pada 20 Mei, jam 10.50 pagi akibat serangan jantung," tambah TH.

Kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.

TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah.