Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Jemaah Haji Malaysia Dari KT12 Meninggal Dunia Di Makkah - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan dua jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M dari Kumpulan KT12 yang menginap di Hotel Al Kiswah telah meninggal dunia di Makkah.
Menurut kenyataan TH, jemaah pertama merupakan seorang wanita berusia 72 tahun berasal dari Sitiawan, Perak, yang hadir menunaikan ibadah haji bersama sepupunya.
Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz kira-kira jam 12.36 tengah hari akibat pendarahan otak pada 12 Mei lalu.
Manakala, jemaah kedua ialah seorang lelaki berusia 67 tahun berasal dari Kuantan, Pahang, yang hadir ke Tanah Suci bersama isterinya.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Makkah Medical Centre pada 13 Mei, kira-kira jam 10.00 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Difahamkan, kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas selesai proses dokumentasi, sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Makkah.
"TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah," ujar kenyataan itu lagi.