Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dr. Morita Perkenal Tiga Masker Wajah Baharu Untuk Pelbagai Masalah Kulit

Jenama penjagaan kulit, Dr. Morita memperkenalkan tiga masker wajah baharu yang dirumus khas untuk membantu menangani pelbagai masalah kulit termasuk tanda-tanda penuaan, kemerahan, kulit sensitif dan kekeringan.

Iklan

Ketiga-tiga produk baharu itu ialah PDRN Exosome Repairing Facial Mask, Soothing of Skin Redness Mask dan Skin Hydration & Recovery Mask yang diperkenalkan menerusi tema Advanced Skin Recovery and Renewal.

Rangkaian masker wajah ini direka untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian atau selepas menjalani rawatan wajah.

Setiap produk turut menawarkan formulasi khusus bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit supaya wajah terasa lebih lembut, anjal dan selesa.

Tiga Masker Untuk Keperluan Kulit Berbeza

Bagi mereka yang mula mengalami tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kulit kurang tegang, PDRN Exosome Repairing Facial Mask menggabungkan PDRN daripada sumber salmon, eksosom susu dan kolagen terhidrolisis dari Jepun.

Gabungan bahan tersebut dirumus untuk membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kelembapan serta menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan anjal.

Sementara itu, Soothing of Skin Redness Mask pula dikhususkan untuk kulit sensitif yang mudah mengalami kemerahan dan kerengsaan.

Masker ini mengandungi ekstrak akar Boerhavia diffusa, dipotassium glycyrrhizate dan allantoin yang membantu menenangkan kulit serta mengekalkan fungsi lapisan pelindung semula jadi kulit.

Formulasinya turut diperkaya dengan ekstrak rumpai laut, bunga daylily dan beras perang bercambah dari Hokkaido bagi memberikan kelembapan tambahan.

Bagi kulit kering dan mengalami dehidrasi, Skin Hydration & Recovery Mask menawarkan formulasi yang menggabungkan squalane berasaskan tumbuhan, arginine dan kolagen terhidrolisis.

Gabungan bahan tersebut membantu mengekalkan kelembapan, melembutkan tekstur kulit yang kasar serta menjadikan wajah terasa lebih licin dan anjal.

Dilengkapi Vitamin B5 Dan Tiga Jenis Asid Hialuronik

Menariknya, ketiga-tiga masker wajah ini menggunakan formulasi 8-Free yang bebas daripada lapan bahan tertentu.

Rangkaian tersebut turut diperkaya dengan vitamin B5 dan tiga jenis asid hialuronik bagi membantu menenangkan kulit, mengekalkan kelembapan serta mengurangkan penampilan garis halus.

Ketua Pegawai Eksekutif Morita Biotech Co. Ltd., Dr. Jou Chun Hsu berkata, pemilihan masker wajah perlu mengambil kira manfaat keseluruhan formulasi, khususnya dari segi kelembapan, kelegaan dan keselesaan kulit.

Menurutnya, setiap produk baharu itu dirumus untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza, daripada masalah kekeringan dan kemerahan hinggalah tanda-tanda awal penuaan.

Kini Boleh Didapati Di Guardian

Bagi yang berminat mencuba rangkaian penjagaan kulit baharu ini, ketiga-tiga masker wajah Dr. Morita kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian di seluruh negara.

Setiap kotak dijual pada harga RM35.90.