Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Satu makluman dikeluarkan oleh DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) untuk mengumumkan berkenaan penamatan rangkaian 3G miliknya di Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis akan dilaksanakan pada 3 Januari 2022, manakala penamatan di Selangor dan Wilayah Persekutuan (termasuk Putrajaya) ialah pada 6 Januari, 2022.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Digi memberitahu bahawa rancangan untuk menamatkan rangkaian 3G Digi di Sarawak akan berjalan seperti dijadualkan pada 30 Disember 2021. Penamatan di Sarawak akan dilakukan selepas mereka berjaya menamatkan rangkaian 3G di Sabah, Wilayah Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), dan Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan). Penamatan rangkaian 3G di kesemua negeri tersebut adalah untuk membantu para pengguna di kawasan-kawasan berkenaan beralih ke 4G.
Digi juga memberitahu bahawa pada ketika ini, fokus utama mereka adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat kekal terhubung dengan menjamin ketersediaan perkhidmatan rangkaian di kawasan yang terjejas akibat banjir.
Beberapa tapak-tapak yang terjejas sedang dipulihkan oleh Pasukan Tindakan 24 jamnya dengan segera, terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, dan Kelantan.
Sumber: Sinar Harian