Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik Cemas Payung Terjun Paraglider Wanita Dirempuh Pesawat

Iqbal Yasir
Payung Terjun
Kredit: sab_thi

Detik Cemas Payung Terjun Paraglider Wanita Dirempuh Pesawat

Seorang peluncur udara (paraglider) wanita berdepan detik cemas apabila sebuah pesawat ringan merempuh payung terjunnya sewaktu melakukan aktiviti luncur udara ,lapor The New York Post.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh mangsa, Sabrina, 44 mendedahkan, dia ketika itu sedang terbang berhampiran pergunungan Schmittenhöhe di utara Austria pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, sewaktu berada di ruang udara, sebuah pesawat ringan secara tiba-tiba melanggar payung terjun yang digunakannya, hingga terbelah dua.

Pesawat itu dilihat hanya beberapa kaki di atas kepalanya sewaktu insiden berkenaan.

Akibatnya, dia menjerit ketika mula berpusing tanpa kawalan, sambil cuba sedaya upaya untuk melepaskan payung terjun kecemasan.

Berpantang maut sebelum ajal, Payung Terjun Paraglider Dirempuh Pesawat

Namun, tak disangka-sangka keajaiban berlaku apabila dia dapat melepaskan diri dalam situasi genting tersebut. Ia termasuk dapat mengunakan payung terjun kecemasan untuk mendarat dengan selamat.

Menurut akhbar Austria, Kronen Zeitung, peluncur udara berpengalaman itu kemudiannya diselamatkan oleh helikopter polis dan dibawa ke lapangan terbang tempatan.

“Sejujurnya saya masih tidak percaya yang saya sedang duduk di sini menaip hantaran ini. Selain daripada beberapa lebam yang teruk dan kecederaan ringan, tiada apa-apa serius yang berlaku,” tulis Sabrina di Instagram miliknya.

Sementara itu, pesawat ringan tersebut, yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun, berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Zell am See, menurut pihak berkuasa.

Juruterbang itu mendakwa bahawa dia langsung tidak mempunyai cara untuk mengelak daripada melanggar peluncur udara tersebut