Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dentuman Kuat Buat Penduduk Cemas, Telaga Digerudi Sembur Gas & Api

Aina Munirah
Telaga Digerudi
Kredit: @muzammil85617

Dentuman Kuat Buat Penduduk Cemas, Telaga Digerudi Sembur Gas & Api

Penduduk di Kabupaten Aceh Utara, Aceh, dikejutkan dengan satu bunyi letupan yang kuat disertai dengan api yang menyambar lebih dari 50 meter, dalam kejadian pada Jumaat.

Menurut Kompas, kejadian itu telah mencetuskan panik dalam kalangan warga setempat apabila bunyi dan api tersebut dikatakan datang dari sebuah telaga yang digerudi di kawasan kebun sawit dan sawah padi berhampiran kawasan Desa Blang Rubek, Kabupaten Aceh Utara.

Menurut Ketua Humas Polres Aceh Utara, AKP Bambang Sutrisno, telaga berkenaan merupakan projek kampung yang baru diusahakan sejak 16 Mei lalu.

Menurut Bambang lagi, proses penggalian telaga tersebut telah mencapai kedalaman lebih dari 90 meter pada Khamis lalu. Pada waktu itu, telaga itu mula mengeluarkan pasir berlumpur sehingga pekerja terpaksa menarik keluar sebahagian paip dari dalam telaga.

"Pada Jumaat, sekitar jam 2 pagi WIB, telaga tersebut mula mengeluarkan semburan gas disertai lumpur dan api dengan bunyi dentuman yang sangat kuat," ujarnya.

Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat punca kejadian.

Pasukan bomba turun ke lokasi

Sementara itu, tragedi tersebut telah menyebabkan penduduk sekitar berasa panik dan memilih untuk menyelamatkan diri bagi mengelakkan risiko lain yang lebih teruk.

Pasukan bomba dari PT Pea Global Energi (PGE) bersama pemerintah Kabupaten Aceh Utara telah dikerah untuk ke lokasi untuk memadamkan api.

"Api berhasil dipadam sekitar jam 9 pagi," ujar Bambang.

Selepas api dipadamkan, petugas melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyahkuman di kawasan sekitar lokasi semburan.

Pihak PT Pema Global Energi juga menjalankan pemeriksaan kandungan gas bagi memastikan keadaan di lapangan selamat.

“Kami juga memastikan penduduk yang berpindah berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya.

Menurut ketua kampung Desa Blang Reubek, Zulkarnaini, setakat ini, tiada kemalangan dilaporkan.

Pihak polis juga telah mengarahkan penduduk supaya tidak menghampiri kawasan rumah sehingga ia betul-betul selamat.