Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Datang Kerana Konsert MCR, Pelancong Filipina 'Ternganga' Lihat Wajah Sebenar Malaysia

malaysia
Kredit: Bernama

Pengalaman melancong ke sesebuah negara orang selalunya membuka mata.

Iklan

Buat orang luar, Malaysia bukan sekadar destinasi di peta pelancongan dunia, tetapi sebuah negara yang sentiasa ada cerita untuk ditawarkan kepada setiap pengunjung.

Dari bandar yang sibuk hingga ke sudut alam yang tenang, ada sesuatu yang membuat orang mahu datang dan datang lagi.

Apa yang menarik, Malaysia terkenal 'vibe' yang mudah diterima oleh pelbagai latar belakang pelancong.

Perjalanan di sini terasa lebih ringan, lebih mesra, dan penuh pengalaman yang kadang-kadang tak disangka.

Sebab itu, tidak pelik jika Malaysia sering disebut dalam kalangan pelancong antarabangsa sebagai salah satu tempat yang 'wajib singgah' sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Pelancong Filipina 'Ternganga' Lihat Wajah Sebenar Malaysia

Baru-baru ini, dalam satu perkongsian Threads, seorang pelancong wanita dari Filipina berkongsi terkena kejutan budaya yang tak disangka sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur.

Kongsinya, dia pada awalnya terbang ke Kuala Lumpur hanya untuk menonton konsert kumpulan rock legenda, My Chemical Romance (MCR) pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai ke kota metropolitan itu, dia perlu 'reset' semula tanggapan awalnya terhadap Malaysia.

Ingat Sama Macam Filipina, Rupanya..

Menerusi satu perkongsian itu, Joyce mengakui dia pada mulanya menyangkakan Malaysia berada pada tahap pembangunan yang sama dengan negaranya, atau mungkin Filipina sedikit lebih baik.

Apatah lagi, Malaysia bukanlah satu tempat percutian yang sering dibualkan di sana.

Fasiliti Dan Kos Sara Hidup Yang Lebih 'Buka Mata'

“Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila kami tiba di KL. Dari lapangan terbang, sistem, jalan raya, pengangkutan dan keadaan di jalanan hinggalah harga makanan, semuanya memang teratur.

“Di Filipina, semuanya jauh lebih mahal, tapi dalam serba-serbi kami jauh ketinggalan.

“Selama ini saya tidak pernah nampak pakej percutian ke Malaysia di agensi-agensi pelancongan kami, sebaliknya asyik dipromosikan Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan dan China,” luahnya.

Disebab itu, Joyce menjelaskan bahawa dia betul-betul sangka orang Filipina tak berminat nak ke Malaysia kerana keadaan di Filipina lebih kurang sama, atau mungkin lebih baik.

“Saya sendiri tak pernah terfikir nak melancong ke sini. Tapi saya gembira kami datang. Malaysia memang negara yang sangat menyenangkan.

“Bagi saya, Filipina, terutamanya Metro Manila, kini tempat yang paling kurang menyenangkan antara semua tempat yang pernah saya kunjungi dari segi sistem, infrastruktur dan kos,” katanya lagi.

Netizen Malaysia Seloroh Minta Dirahsiakan

Apa yang membuatkan perkongsian ini menjadi tular dan menghiburkan adalah reaksi balas daripada netizen Malaysia sendiri.

Bukannya melambung pujian dan meminta Joyce mempromosikan Malaysia, ramai rakyat tempatan mengambil pendekatan berseloroh dengan memintanya memadam hantaran tersebut.

Joyce dengan rasa keliru memuat naik hantaran susulan, “Rakyat Malaysia, sebahagian daripada anda buat saya keliru! Anda sengaja ‘merahsiakan’ negara anda untuk mengelak kehadiran pelancong.

“Korang tak mahu orang bercakap tentang Malaysia dan siap halang orang daripada datang melancong ke sini. Saya sampai dapat mesej peribadi (DM) minta saya padam hantaran ini supaya orang lain tak tahu Malaysia sebenarnya seronok dikunjungi.

“Macam yang saya dah balas kepada beberapa orang, saya jarang nampak berita tentang Malaysia dalam media tempatan kami.

“Malaysia juga tak dipromosikan sebagai destinasi pelancongan di sini. Saya sendiri tak pernah cari maklumat tentang Malaysia,” kongsinya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Joyce datang ke Kuala Lumpur untuk menonton konsert My Chemical Romance pada Sabtu lalu.
  • Beliau memuji lapangan terbang, jalan raya, pengangkutan, sistem dan kos makanan di Malaysia.
  • Netizen Malaysia berseloroh memintanya memadam hantaran bagi tidak menarik lebih ramai pelancong.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan