Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 454 kes positif Covid-19 dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Menurut KKM, kesemua kes berkenaan adalah di dalam tempoh 20 September 2020 sehingga 21 Oktober 2020.
Setakat semalam, negara mencatatkan peningkatan 732 kes positif baharu Covid-19 dengan Sabah masih menjadi negeri tertinggi dengan (535) kes diikuti Selangor (116) kes, Kuala Lumpur (26) kes, Pulau Pinang (12) kes, Negeri Sembilan (9) kes dan negeri-negeri lain.
Sumber: KKM Malaysia