Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberikan penjelasan berhubung berhubung satu video yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa individu berketurunan asing mudah mendapatkan Kad Pengenalan atau MyKad.
"Semakan mendapati individu berkenaan yang merupakan pemegang pasport Bangladesh adalah bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.
"Mereka telah hadir untuk urusan MyKad kali pertama dan ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan warganegara Malaysia.
"MyKad tersebut dikeluarkan berdasarkan permohonan dan semakan rekod serta dokumen mendapati semua syarat yang ditetapkan telah pun dipenuhi.
"Perlu difahami bahawa pemegang MyKad terdiri daripada individu yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia di bawah perkara yang diperuntukkan di bawah bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa dan bukan semata-mata berdasarkan bangsa atau keturunan," maklum JPN.
Tambah Jabatan itu, terdapat keadaan di mana anak yang mempunyai bapa bukan warganegara tapi ibu merupakan warganegara Malaysia layak memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia sekiranya memenuhi peruntukan dan syarat undang-undang yang ditetapkan seperti perkahwinan yang teratur semasa kelahiran.
"Justeru, seseorang berketurunan asing yang memiliki MyKad tidak semestinya bermaksud kewarganegaraan tersebut diperoleh secara tidak sah.
"Walau bagaimanapun, perlu diingatkan JPN tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur penipuan, pemalsuan dokumen atau pemerolehan dokumen pengenalan diri secara tidak sah.
"Sekiranya dikemukakan maklumat dan bukti yang lengkap, JPN boleh menjalankan penelitian dan siasatan terhadap kes yang dilaporkan," katanya.