Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.
Menurutnya, terdapat 3 kawasan kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.
Ia melibatkan kawasan Sri Aman dan Kuching di Sarawak.

Manakala satu lagi kawasan yang diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 iaitu Telupid di Sabah.

Setakat hari ini, MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang kawasan atau titik panas di Semenanjung.

"Tahap berjaga-gaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan