Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Panas: Lima Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Cuaca Panas
Kredit: Bernama

Cuaca Panas: Lima Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan status cuaca panas di seluruh Malaysia.

Menurutnya, terdapat 3 kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.

Ia melibatkan kawasan Machang dan Gua Musang di Kelantan serta Maran di Pahang.

Selain itu, dua kawasan di Sarawak juga berada pada Tahap 1 iaitu di Sri Aman dan Lubok Antu.

"Tahap berjaga-gaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas melibatkan lima kawasan di seluruh Malaysia.
  • Machang, Gua Musang dan Maran berada pada Tahap 1 di Semenanjung.
  • Sri Aman dan Lubok Antu di Sarawak turut berada pada tahap berjaga-jaga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan