Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Arab Saudi Gantung Solat Tarawih Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Gambar: The New Arab

Arab Saudi menggantung solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Tarawih, di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais.

Tarawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu kenyataan di Twitter.

Kenyataan itu juga menyebut itikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan. Selain itu, Umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sumber: BERNAMA