Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Chery Tiggo Cross: SUV Hibrid Bawah RM100K

Azmil
Chery tiggo cross hibrid

Chery Tiggo Cross: SUV Hibrid Bawah RM100K

Untuk SUV segmen B dalam pasaran Malaysia, ada beberapa pilihan seperti Perodua Ativa, Proton X50 dan Honda WRV.

Tapi pasaran SUV segmen B hibrid tidak banyak dalam pasaran dan salah satu pilihan terbaik adalah Chery Tiggo Cross.

Chery Tiggo Cross Hibrid

SUV segmen B ini datang dengan dua varian iaitu 1.5L Turbo dan 1.5L Hybrid CSH.

SK nak bercerita tentang Chery Tiggo Cross hibrid sebab baru-baru ini SK dapat merasai memandu Chery Tiggo Cross varian tersebut.

Varian ini menggunakan kotak gear Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dengan kapasiti enjin 1498cc yang membawa kuasa 96PS dan 120Nm toorque.

Selain enjin, Tiggo Cross ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 1.8kWh yang membawa kuasa 204PS dan 310 Nm torque.

Rekaan Luaran

Bagi SK, rekaan luaran Tiggo Cross ini cukup menarik dan nampak sporty dengan gril Starry Diamond dan lampu depan dengan rekaan cakaran harimau.

Lampu belakang juga LED penuh dengan inspirasi pattern harimau. Tiggo Cross ini menggunakan saiz tayar 18 inci.

Tiggo Cross juga tidak ketinggalan dengan dilengkapi lampu nyalaan siang Crystal-edged Marker.

Rekaan Dalaman

Kalau anda tak suka warna dalam kabin yang terlalu cerah, Tiggo Cross datang dengan warna hitam.

Untuk menambah sedikit fancy, Chery menambah Multi-colour Ambient Light dalam kabin Tiggo Cross untuk nampak lebih menarik.

Tempat duduk Tiggo Cross ini dibalut dengan Faux Leather iaitu synthetic plastic-based untuk nampak seperti kulit sebenar.

Paling menarik bagi SK adalah air-cond panel dia nampak berbeza berbanding kereta lain dan masih ada butang fizikal untuk laras suhu air-cond.

Tak ketinggalan zaman, Chery Tiggo Cross lengkap dengan 10.25 inci IHU sekali dengan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.

Tiggo Cross Selamat

Walaupun ini line-up paling murah untuk Chery Malaysia tapi Chery tak abaikan ciri keselamatan SUV ini.

Tiggo Cross lengkap dengan 16 ciri ADAS termasuk Front Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert, Adaptive Cruie Control, Integrated Cruise Control dan Traffic Jam Assist.

Ini bermakna faktor keselamatan bukan perkara yang boleh dikompromi dan ia menjadi keutamaan untuk pengguna.

Pengalaman Memandu

Dapat memandu Chery Tiggo Cross memang pengalaman yang menarik dan tambah menarik ia adalah varian Hybrid CSH.

SK dapat memandu selama seminggu dan waktu SK terima kereta dari HQ Chery, tangki minyak hampir penuh dan bateri tinggal separuh.

Walaupun begitu, SK tak singgah manamana stesen minyak pun untuk tambah petrol. SK siap bawa balik kampung di Jelebu dari Sepang.

Sampai di kampung, esoknya SK ke Seremban pula dan kembali semula ke Jelebu. Minyak masih ada dan disokong bateri yang dicas secara regenarative braking.

Handling Tiggo Cross Sesedap Rasa

Pada hemat SK, handling Tiggo Cross ini cukup rasa. Tidaklah seperti kereta mewah tapi sangat selesa memandu kena dengan harganya.

Sifir SK mudah sahaja, kalau memandu jarak jauh badan tak terasa terlalu penat, maknanya kereta itu ada sistem handling yang bagus.

Begitulah SK rasa sepanjang memandu Tiggo Cross. Badan tak terasa letih sangat berbanding kereta SK sendiri.

Jangan bagitahu kereta SK, nanti dia merajuk.

Mahal Ke Harga Tiggo Cross?

Untuk semua ciri yang ditawarkan dalam varian Hybrid CSH ini, harga jualannya hanya RM99,400 sahaja.

Bawah RM100,000 anda dapat semua ciri yang premium, SK rasa ia sangat berbaloi untuk sebuah SUV segmen B hybrid.

Untuk varian 1.5L Turbo pula, harga jualan hanya RM88.400. Ia sangat kompetitif dengan pesaingnya yang lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Chery sekarang.