Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited membantu peminjam menguruskan bayaran balik pinjaman pendidikan dengan lebih mudah dan teratur menerusi penganjuran Bulan Mesra Peminjam (BMP) PTPTN 2026 bermula 1 November 2026 hingga 15 Disember 2026. Inisiatif ini memberi peluang kepada peminjam untuk mendapatkan khidmat nasihat serta berunding bagi menyusun komitmen bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan.
Melalui program ini, peminjam khususnya yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman digalakkan untuk tampil berunding dengan PTPTN bagi mengenal pasti kaedah bayaran balik yang bersesuaian. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah:
i. Rundingan dan khidmat nasihat kewangan di kaunter Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan sempena Kempen Lestari Pendidikan melalui penstrukturan semula pinjaman; dan
ii. Tawaran bayaran serendah 20% atau RM1,000.00 daripada keseluruhan tunggakan yang mana lebih tinggi bagi tujuan penstrukturan semula pinjaman/ penggabungan pinjaman dan pertukaran Ujrah;
3. Bagi memudahkan pelanggan berurusan sepanjang Bulan Mesra Peminjam, waktu operasi kaunter di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara dilanjutkan mulai 1 Disember hingga 15 Disember 2026 seperti berikut:

PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat. Peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) • Live Chat di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)E-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/)
Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) • Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
PTPTN menyeru semua peminjam agar memanfaatkan peluang sepanjang BMP 2026 untuk mendapatkan khidmat rundingan serta menyusun semula komitmen bayaran balik mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Komitmen membayar balik pinjaman bukan sekadar melunaskan tanggungjawab, malah merupakan tanggungjawab bermakna dalam memastikan kesinambungan pembiayaan pendidikan tinggi demi manfaat generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my.
