Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buku Panduan Pertama Di Malaysia Berkenaan Sisa Makanan & Kebertanggungjawaban Perolehan

Syamimi
BUKU

Buku Panduan Pertama Di Malaysia Berkenaan Sisa Makanan & Kebertanggungjawaban Perolehan

Malaysia menghasilkan sekitar 16,688 tan sisa makanan setiap hari, dengan hampir 60% daripadanya boleh dielakkan. Dalam masa yang sama, amalan perolehan yang tidak mampan terus memberi tekanan kepada sumber semula jadi daripada laut yang semakin terjejas akibat penangkapan berlebihan kepada rantaian bekalan yang lebih menitikberatkan kos daripada pemuliharaan.

Seiring dengan dua cabaran ini, Kuala Lumpur Convention Centre Business Events Alliance (KLCCBEA), bersama WWF-Malaysia, Taylor’s University dan UCSI University, melancarkan buku Panduan Amalan Terbaik Pengurusan Sisa dan Kebertanggungjawaban Perolehan (Best Practices on Waste Management and Responsible Sourcing Guidebook) yang pertama di negara ini.

Bersifat praktikal dan berasaskan penyelidikan, buku panduan ini diwujudkan untuk menyokong penggiat industri serta generasi baharu dalam bidang hospitaliti ini dengan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan alat untuk mengintegrasikan kelestarian dalam operasi harian serta proses membuat keputusan.

Dirasmikan oleh Datin Christina Toh, Presiden Persatuan Hotel Malaysia, buku panduan ini dibangunkan melalui kerjasama daripada pelbagai sektor. KLCCBEA menyumbang amalan terbaik pengoperasian menerusi bengkel-bengkel kendalian industri; Taylor’s University dan UCSI University menyumbang dari sudut perspektif akademik serta integrasi dalam kurikulum; WWF-Malaysia menyelia pembangunan dan penerbitan; manakala Impact Hub Kuala Lumpur, kini dikenali sebagai KLBRTF World menerajui penyelidikan, analisa dan kandungan pembangunan. Sunway Resort Hotel dan The Westin Kuala Lumpur turut menyumbang dari sudut perspektif praktikal industri yang memperkukuhkan hasil akhir buku panduan ini.

Dalam ucapannya semasa pelancaran, John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, berkata, “Di peringkat tempatan, tahap pengetahuan dan sikap pekerja hospitaliti terhadap pengurusan sisa makanan masih berada pada tahap sederhana khususnya dalam aspek seperti pengkomposan dan audit sisa dalaman. Buku panduan ini dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pengamal industri serta golongan pendidik.

“Golongan profesional berpengalaman memerlukan alat praktikal yang boleh terus diguna pakai dalam operasi harian; pada masa yang sama, kurikulum yang relevan perlu diwujudkan bagi melatih generasi baharu yang bakal menceburi industri berkenaan kepentingan pengurusan sisa makanan dengan tanggungjawab, serta memelihara sumber semula jadi yang terhad.”

Satu lagi aspek yang membezakan Buku Panduan ini ialah penekanannya terhadap Tanggungjawab Perolehan Makanan (RFS) dimensi penting dalam kelestarian hospitaliti yang sering dipandang ringan.

Dengan menjadikan makanan laut sebagai kajian kes utama, Buku Panduan ini menunjukkan bagaimana keputusan perolehan boleh memberi kesan besar kepada ekosistem, serta menyediakan rangka kerja praktikal untuk membantu pengamal menilai pembekal, membuat pilihan yang lebih berinformasi dan memasukkan kriteria kelestarian dalam dasar pembelian.

Seperti yang dibentangkan dalam Buku Panduan ini, perolehan kebertanggungjawaban bukan sekadar keperluan etika, ia merupakan asas kepada daya tahan kemampanan perniagaan jangka panjang serta jaminan kelangsungan sumber.

Sebagai pelengkap, Buku Panduan ini turut mengetengahkan usaha pengurangan sisa makanan melalui kajian kes tempatan seperti hotel dan restoran yang telah berjaya melaksanakan amalan makanan kelestarian. Ia juga memperkenalkan pendekatan Behaviour Centred Design (BCD), satu rangka kerja yang menggabungkan sains tingkah laku dan pemikiran reka bentuk bagi membantu organisasi mengenal pasti punca sebenar pembaziran serta melaksanakan penyelesaian yang lebih bersasar dan kebolehan diskalakan.

Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia berkata, “Sisa makanan menyumbang sekitar 8-10% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global menjadikannya cabaran serius kepada iklim dan alam sekitar. Pada masa yang sama, bagaimana kita mendapatkan sumber makanan juga memberi kesan langsung kepada biodiversiti, ekosistem marin dan keselamatan sumber. Buku Panduan ini membekalkan pengamal industri dan bakat masa hadapan dengan pengetahuan serta alat praktikal untuk mendorong perubahan yang bermakna. Bagi WWF-Malaysia, kerjasama ini mencerminkan pendekatan sistemik merentas pelbagai sektor yang amat diperlukan mendorong perubahan dalam sistem makanan penglestarian di Malaysia.”

Buku Panduan ini kini telah digunakan secara aktif dan menjadi rujukan utama bagi modul ‘Food Sociology’ serta ‘Business of Hospitality, Food and Leisure Management’ di Taylor’s University, dengan UCSI University bakal menggunakannya dalam masa terdekat. Maklum balas awal daripada tenaga pengajar amat menggalakkan, dengan pensyarah merumuskan bahawa peningkatan kesedaran pelajar terhadap pengurusan sisa makanan dan perolehan kebertanggungjawaban di samping pemahaman yang lebih jelas berkenaan peranan mereka sebagai bakal profesional di industri ini.

“Dengan memastikan latihan bakat selari dengan pengoperasian industri, kita dapat mewujudkan asas untuk penambahbaikan yang lebih konsisten dan boleh diukur dalam pengurusan sisa makanan serta perolehan kebertanggungjawaban,” tambah John Burke. “Langkah seterusnya adalah untuk mengintegrasikan prinsip Buku Panduan ini ke dalam program latihan dalaman kami danbekerjasama dengan rakan-rakan bagi memperluaskan penerimaannya merangkumi sektor hospitaliti, makanan dan minuman, serta institusi akademik.”

Pelancaran ini berlangsung ketika Malaysia sedang berusaha memenuhi komitmen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan sisa makanan sebanyak 50% menjelang 2030, satu sasaran yang menuntut tindakan bersepadu dari pelbagai industri dan sektor pendidikan.

Di peringkat global, pembaziran di sektor hospitalitI dianggarkan sebanyak 100 juta tan makanan setiap tahun, manakala amalan perolehan tidak bertanggungjawaban terus menjejaskan biodiversiti dan membebankan rantaian bekalan.

Buku Panduan ini menawarkan satu rangka kerja yang relevan dan bersifat praktikal untuk memacu perubahan daripada bilik kuliah hingga ke lantai dapur.

Untuk berita dan sorotan terkini dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, layari Newsroom di www.klccconventioncentre.com atau ikuti saluran media sosial (Facebook - @klccconventioncentre, LinkedIn - Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter - @klccconvention dan Instagram - @klccconventioncentre).