Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Buku "Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa" Diharap Jadi Rujukan - PM Anwar
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim, dalam penyediaan serta pengolahan kandungan sebuah buku yang menghimpunkan idea, pandangan dan pengalaman hidup beliau.
Menurut Anwar, penglibatan Nik Safiah sebagai pakar rujuk merupakan satu penghormatan besar memandangkan beliau merupakan tokoh akademik dan bahasa yang amat disegani di negara ini.
Beliau berkata, buku berkenaan ditulis oleh Profesor Dr. Salinah Ja'afar, pensyarah dan pakar linguistik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Anwar memaklumkan bahawa beliau telah ditemu bual secara eksklusif oleh kedua-dua tokoh berkenaan bagi menjayakan penulisan buku tersebut.
Temu bual itu merangkumi keseluruhan kandungan buku yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan idea, pemikiran, pengalaman hidup serta hasil pembacaannya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penulis atas usaha mendokumentasikan serta menggarap pandangan dan sudut fikirannya dalam sebuah naskhah yang disifatkan mempunyai nilai ilmiah dan sejarah.
"Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha daripada penulis yang ingin merakam serta menggarap idea, pandangan dan sudut fikir saya dalam pengalaman hidup dan pembacaan yang akan diulas secara terperinci di dalam buku ini," katanya.
Menurut beliau, buku itu bakal mengupas secara terperinci pengalaman hidup, pemikiran serta nilai yang menjadi pegangan sepanjang perjalanan hidup dan kerjayanya.
Dalam pada itu, Anwar berharap penerbitan buku berkenaan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang sebagai bahan rujukan, khususnya dalam memahami aspek pembangunan bangsa, pembinaan jati diri serta nilai-nilai murni yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.