Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Sebab Trafik Je, Ini Sebab Lain Kenapa Lori Banyak Jalan Waktu Malam
Kalau kau perasan, waktu malam, terutamanya lepas 10 malam, jalan highway mula “dikuasai” lori. Siang nampak kurang, tapi bila malam, tiba-tiba banyak. Sampai ada yang tertanya, “Kenapa pemandu lori suka sangat jalan waktu malam? Tak bahaya ke?”
Jawapannya bukan sebab suka-suka. Ada beberapa sebab yang ramai tak tahu dan sebahagiannya memang logik.
Nak elak trafik
Jimat masa, minyak (jalan lancar, tak perlu brek, minyak, brek, minyak)
Jadual delivery memang ‘set’ waktu malam
Barang sampai awal pagi, kedai boleh restock sebelum buka
Cuaca lebih sejuk, kurang tekanan enjin
Bantu jaga prestasi enjin dan kurangkan risiko overheat
Kurang risiko ‘gangguan’ jalan raya
Motor cilok, kereta di blind spot dan kurang pergerakan rawak
Namun, risikonya tetap ada walaupun ada banyak kelebihan, antara cabarannya adalah:-
Risiko mengantuk atas jalan
Kurang tidur berkualiti
Badan ‘dipaksa’ lawan waktu normal
Tidur tak menentu bila kerja malam, badan tak cukup rehat sebenar dan ia boleh jejaskan kesihatan pemandu.

Ada pemandu yang setiap hari keluar bekerja seperti biasa, rasa badan masih kuat, mata masih jelas dan perjalanan pun nampak lancar tanpa sebarang masalah. Tapi di sebalik rasa “ok” itu, sebenarnya ada risiko kesihatan yang sedang bersembunyi.
Walaupun tubuh kelihatan sihat dari luar, ia sebenarnya boleh menjadi petanda awal kepada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau gangguan tidur. Lebih membimbangkan, ia boleh memberi kesan terus kepada keselamatan ketika memandu terutamanya bagi pemandu pemegang lesen vokasional.
Bagi segelintir pemandu, hanya dengan minum kopi dan tidur selama beberapa minit sudah dianggap mencukupi bagi mereka.
Sebenarnya, rutin harian seperti ini boleh menyebabkan risiko kesihatan dalaman meningkat tanpa disedari.
Lama-kelamaan, keadaan ini memberi kesan kepada tahap kesedaran dan tumpuan seseorang ketika memandu, hingga menyebabkan mereka mudah berasa mengantuk, cepat hilang fokus dan kurang peka terhadap persekitaran jalan raya.

Mujurlah Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS), iaitu satu inisiatif di bawah PERKESO menjaga kebajikan serta tahap kesihatan pemandu kenderaan perdagangan di Malaysia. Ia turut menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada pemandu yang layak, terutama mereka yang perlu memperbaharui lesen vokasional seperti PSV E (Bas), GDL E (Kejur), dan GDL E (Bersendi).
Jadi sebelum lesen diperbaharui, pemandu akan melalui saringan kesihatan terlebih dahulu secara lebih sistematik dan moden, termasuk penggunaan pendigitalan Borang JPJL8A.
Selain itu, tujuan utama program ini bukan sekadar “check kesihatan biasa”, tetapi lebih kepada memastikan pemandu benar-benar berada dalam keadaan sihat ketika berada di jalan raya.
Antara penyakit utama yang sering dikesan dalam kalangan pemandu ialah diabetes, tekanan darah tinggi,gangguan tidur seperti obstructive sleep apnea (OSA), masalah penglihatan dan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Secara ringkasnya, PSS memang fokus untuk membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dengan cara paling asas tetapi penting iaitu kesihatan pemandu sendiri.
Lebih-lebih lagi bagi pemandu bas dan lori, tanggungjawab yang dipikul adalah sangat besar kerana ia bukan sahaja melibatkan keselamatan diri sendiri, tetapi juga nyawa penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Justeru, aspek kesihatan tidak boleh dipandang ringan kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan pemanduan yang lebih selamat dan berhemah di jalan raya.
Secara kesimpulannya, pemandu lori perlu sihat dan selamat demi memastikan pemanduan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab di jalan raya. Dalam masa yang sama, pemandu juga digalakkan untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web SEHATi.