Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Perkara Biasa Jika Kerap Kencing Waktu Malam, Anda Mungkin Alami Penyakit Ini

Azzwin
kencing malam
Kredit: Flow/AI

Bukan Perkara Biasa Jika Kerap Kencing Waktu Malam, Anda Mungkin Alami Penyakit Ini

Kerap bangun malam untuk membuang air kecil sering dianggap sebagai perkara biasa.

Terutamanya dalam kalangan individu berusia atau mereka yang gemar minum air dalam kuantiti banyak sebelum tidur.

Namun begitu, keadaan ini tidak seharusnya dipandang ringan jika berlaku terlalu kerap sehingga mengganggu waktu rehat dan tidur malam.

Gangguan tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan badan cepat letih, hilang fokus serta menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Dalam sesetengah kes, kerap kencing pada waktu malam juga boleh menjadi petanda awal kepada masalah kesihatan tertentu yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut bagi mengelakkan komplikasi pada masa hadapan.

Justeru, kali ini SK ingin kongsikan penyakit yang mungkin anda alami jika kerap kencing waktu malam, menurut Public Health Malaysia.

Kerapa kencing waktu malam

Ramai orang ingat kerap bangun malam untuk kencing itu perkara biasa.

“Memang aku kuat minum air.”

“Biasalah, umur dah meningkat.”

“Tak apa la, janji boleh kencing.”

Tapi kalau hampir setiap malam anda bangun 2, 3, malah 4 kali semata-mata untuk ke tandas, jangan terus anggap itu normal.

Kencing malam yang kerap boleh ganggu tidur, buat badan letih keesokan harinya, hilang fokus waktu kerja, cepat marah, dan lama-lama menjejaskan kualiti hidup.

Lebih penting, ia kadang-kadang bukan sekadar sebab banyak minum air sebelum tidur.

Kredit: Flow/AI

Antara puncanya ialah kencing manis, jangkitan saluran kencing, pundi kencing terlalu aktif, masalah prostat bagi lelaki, kehamilan, kesan ubat tertentu, atau masalah kesihatan lain yang buat badan “paksa” anda bangun malam berulang-ulang.

Kalau anda juga ada rasa haus berlebihan, cepat penat, pedih ketika kencing, aliran kencing lemah, rasa tak puas selepas kencing, atau kerap sangat terkencing-kencing, itu lagi sebab untuk jangan tunggu lama.

Jangan biasakan badan menderita dalam diam. Tidur yang terganggu setiap malam bukan benda kecil. Kadang-kadang yang nampak macam “tabiat biasa” itu sebenarnya petanda awal bahawa ada sesuatu yang tubuh sedang cuba beritahu.

Kalau keadaan ini kerap berlaku, buat pemeriksaan. Lebih awal tahu punca, lebih mudah untuk rawat dan lindungi kesihatan anda.

Kredit: Public Health Malaysia