Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita. Perkara ini berikutan kerana kanak-kanak terdedah dengan unsur-unsur berkenaan tidak kiralah di rumah dan juga di dalam komuniti masyarakat kita. Ramai pihak yang menyuarakan kebimbangan terhadap isu ini kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pembesaran kanak-kanak tersebut.
Turut terkesan dengan masalah ini, selebriti tempatan, Yana Samsudin juga tidak mahu perkara ini terjadi kepada anaknya. Perkara ini berikutan perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook peminatnya yang menceritakan pengalaman anaknya, Aisy Mateen.
Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak dilihat mudah mengikuti perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa terutamanya kepada dirinya. Sekiranya perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan yang negatif, ianya akan menjadi masalah kepada ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Selain itu, selebriti tersebut juga menyatakan sokongannya terhadap Pendidikan Seksual terhadap ibu bapa dan kanak-kanak yang dilihat boleh mengatasi masalah ini terus menjadi barah dalam masyrakat kita.
Sumber: Yana Samsudin