Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buat Muka ‘Relax’ Je Lepas Tepis Penalti Saka, Donnarumma Mengaku Tak Tahu Yang Itali Dah Sah Juara EURO

Gambar: Daily Post

Mungkin ramai yang dah tahu berita kemenangan Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 menentang England baru-baru ni. Itali dinobatkan sebagai juara setelah penjaga gol, Gianluigi Donnarumma berjaya menangkis cubaan gol terakhir England pada pusingan penalti.

Dalam kegembiraan atas kemenangan tersebut, ramai jugak yang musykil dengan gelagat Donnarumma yang dilihat seolah-olah tak meraikan kemenangan Itali.

Selepas berjaya menyelamatkan cubaan gol Bukayo Saka, Donnarumma tenang je berjalan menonong di atas padang. Sedangkan ahli pasukannya sedang bersorak kegembiraan di Stadium Wembley ketika itu.

Tak tahu dah menang

Penyokong rata-rata merasakan yang reaksi Donnarumma yang cool je sejurus selepas kemenangan Itali ni kerana perwatakan spontannya yang dingin.

Tapi kebenarannya tak se’dingin’ itu malah mencuit hati. Hakikatnya, Donnarumma tak perasan pun dengan menyelamatkan tendangan gol Saka tadi, pusingan penalti dah berakhir. Dalam erti kata lain, dia pun tak tahu yang Itali dah menang.

“Saya tak raikan sebab saya pun tak perasan yang kami (Itali) dah menang,” kata Donnarumma kepada Sky Sport Italia.

Sumber: Daily Post